Quantcast
Channel: safura.online.diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849

Beli camera tanpa keluar duit

$
0
0

Samsung WB380F - Mint Green

sikit pun tak pernah terfikir untuk bergantung harap pada blog.
dulu aku pernah cakap, blog tempat aku meluah perasaan,
tempat untuk mencari kawan kawan baru, tempat untuk suka suka
review tempat yang aku pergi dan banyak cerita tentang Lifestyle aku.
tapi kini, aku berjinak jinak menggunakan blog untuk membuat side income.
tiada apa yang mustahil, berusaha gigih, buktikan yang kita boleh,
and yes! baru sebulan lebih serius untuk buat side income,
dah boleh beli something.tak payah keluar duit poket sendiri.
Alhamdulillah. tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah.hehehe.

pada mulanya, lepas aku syok sgt pakai Go Pro Hero4 si Ida Baharum tu,
aku berazam nak kumpul duit hasil dari blog untuk beli Hero4,
tapi lepas duit dah cukup, mula lah berfikir fikir nak beli yang lain,
kaji dari segi cara pemakaian aku, aku berniaga, dan aku blogger,
aku banyak nak snap pic makanan, baju, barang barang dagangan aku,
and as a blogger, kdg kdg bila pergi review, nak kena snap pic item yang
di review tu, so aku rasa like aku perlukan camera compact.
walaupun tak pandai sgt guna DSLR, tapi tak pelah, guna AUTO je,
kihkihkih.Go Pro lebih best jika kita nk snap picture yang jauh,
dan paling best kalau bawak pergi bercuti.Ida, nt aku nak honeymoon,
pinjam Go Pro ok! hehehe.

so lepas fikir fikir, moh lah kita ke lowyat! hehehe.


Kelebihan Samsung WB380F

Asalnya, aku nak beli Lumix, sbb ramai yang suggest lumix,
tapi bila dah sampai Lowyat, aku tak perkenan lumix sbb dia gemok,
dan warna dia sangat tak cantik, perempuan biasa lah, dia bukan pandang spec,
dia pandang luaran je,hahaha. and lumix dan samsung ni lebih kurang je,
dan Samsung lebih murah berbanding yang lain.

aku perkenan sangat dengan Samsung NX Mini tu, warna pink,
perghhhh! mmg best! dia ada wide lens dan senang untuk selfie,
dan LCD monitor dia boleh flip flip tauuu! lens boleh tukar,
tapi 1 lens 1K lebih hokkay! so takpayah! hahaha.
harga asal NX Mini RM14++, last price aku dapat RM1100,
tapi orang kedai tu pulak cakap, kalau u mau beli camera,
tak payah mahal mahal maaa, beli bawak 1K lahh.
lagi pun, ini NX mini, budak budak saja suka pakai,
dia sama mcm compact camera biasa sajaaaaa,
adoiii cina tu sudah racun akuuuu.haih!

Harga Camera Samsung WB380F

NX mini rm1100 dan harga WB380 LAST PRICE aku dapat RM700 saja!
kalau aku beli WB380F aku dah jimat Rm400, 400 tu mcm mcm boleh buat woi!
hahaha.mmg dasar kedekuit! bukan kedekut, kita kena bijak berbelanja, ye dokk!
hehehe.

NX Mini VS WB380F

Samsung NX Mini
NX Mini
Samsung WB380F
Samsung WB380F
aku sembang ramdom jelah eh, tak larat nk cite details, details korg g tanya kedai tau,
hehehe.beza harga NX mini and WB380F sebanyak rm400,
Nx mini ada flip LCD screen, and wide lens, which is best lah bg aku,
mmg aku suka gila lah, dan dia ada warna PINK! walaupun aku dah tak minat pink,
hahahaha. Kalau ada merah, aku angkat merah dah.

lens Nx Mini boleh tukar tau, boleh beli lain, dan WB380F ni tak boleh tukar,
TAPI dia dah siap siap ada 21X zoom, mmg hebat gila lah! jauh mana pic,
korang bayangkan lah, celah mana nk zoom pon boleh.WB380F ni mini DSLR,
boleh main aperture dia lah, mcm dslr tu, tapi NX mini ni mcm compact biasa je,
yang lain lain, semua lebih kurang sama, dan NX mini ni nipis sikt lah.

dua-dua camera pon ada wifi, boleh transfer terus ke handphone,
TAPI WB380F ni boleh terus upload ke dropbox, email dan FB,
tapi di FB, tak leh nk edit caption lah.dia main upload terus je,
and wifi dia boleh connect ke orang lain jugak, andai kata nk send picture tu
ke 3 orang skali gus, boleh jeee! on je WIFI,hehehe.

dua dua jenis camera ni, boleh operate mcm go pro jugak,
boleh control melalui handphone, korang install je APPs dia,
Samsung Smart Camera Apps, senang cerita! tapi tak yah pon,
sbb WB380F ni ada selfie alarm, hehehe. korang halakan camera depan muka,
once muka dh betul betul dalam kotak, dlm masa 2 saat, dia snap.
so aku rasa mcm ok lah tuuuu! malas fikir.hehehe.

WB380F ada warna putih, hitam dan mint green saje,
so dlm 3 tu aku rasa mint green paling okay lah.
suami pon suruh amik tu.hehehe.so bayar and WB380F is mine.
welcome baby! hehehe. oh ya, aku upgrade memory card to 16G,
8G mcm tak cukup je, so upgrade sikit lah,
and dia boleh masuk dgn monopod biasa tu.if nak ambil pic jauh.
dan korang boleh charge dia guna power bank je.hehehe.
tak payah heret charger, so beli lah powerbank yang maH nya besar ye,
hehehehe.oh lupa lagi satu nak bagi tau, korang leh edit terus
gambar korang dlm camera tau, and ada fish eye, segala,
aku pon tak habis godeh lagi.tapi bagi aku memang best lah.

Perlu ke Camera lain selain Smart Phone?

aku rasa, kalau korang pakai I-Phone, mmg tak perlu camera lain,
i-phone dah cukup hebat! tapi kalau pakai Galaxy Note 3 Neo je mcm aku,
korang belilah Camera lain.hahahaha.tambah lagi kalau korang peniaga,
nd blogger mcm aku, picture sangat penting.so MUST HAVE! hehehe.
lagipun aku nak nampakkan duit hasil blogging aku ni.
hehehe.balance duit tu, aku nak beli Oven baru.hehehe.
tengok lah mcm mana.ke nak simpan lagi,
nak g bercuti, wait and see jelah.hehehe.

Thanks buat suami yang sudi melayan kerenah isteri
yang tak reti menyabar ni.hehehehe.dah tergedik gedik nak beli dah,
tak tahan dah.hehehe.merempit je tadi ke lowyat.
thanks sayang.love u to the moon and back, ewahhhh!
ok lah, sekian bebelan, maaf andai info tak lengkap,
apa apa boleh tanya ok.ehehehe.bai!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849