Quantcast
Channel: safura.online.diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849

Viet-Thai Canteen - SEDAP seperti makan di Vietnam dan Thailand

$
0
0

Viet-Thai Canteen Ramadhan Special


masa aku update entry ni, aku rasa mcm aku kejam terhadap diri sendiri,
sebab aku terliur dengan gambar gambar yang aku ambil sendiri,
aku masih terasa rasa kesedapan dan keenakan makanan yg aku makan tu,
ewahhhh ayatttt~ hahahaha

Jumaat lepas aku dan suami aku dijemput oleh pihak Viet-Thai Canteen
untuk merasa dan review makanan di Kafe ini, kami kan #bloggerkakimakan,
so harus lah datang! kalau bukan sbb food review ni, belum tentu kami akan
makan dikedai " pelik pelik " ni.hehehe. tapi kedai yang " pelik pelik " ni lah yg
sangat sedap! haih! sedap sedap! Viet-Thai Canteen ni terletak di Cyberjaya.

Viet-Thai Canteen Decoration seperti Kantin Sekolah


Masa mula mula masuk kedai ni, aku dapat merasakan tempat ni sangat selesa,
and serius mmg selesa, ruang yg luas, ada aircond, decoration yang simple,
dan paling penting! BERSIH! tu yang paling penting! toilet pon bersih,
aku suka gila! Princess dtg sini, bukan makan, dia lari sana lari sini,
sabar jelah, tak nak makan, sudah! biar ibuu and papa menternak lemak.haha

Viet-Thai Canteen

Viet-Thai Canteen decoration

Viet-Thai Canteen

Viet-Thai Canteen

Viet-Thai Canteen

Viet-Thai Canteen menu



Vietnamese Rice Paper Roll


Masa mula mula kami sampai, tekak kami dibasahi dengan Lemongrass Tea,
picture lupa ambil, dia nampak seperti Teh O ais biasa, tapi SERAI dia sangat terasa,
aku minum slow slow, sbb mcm tak leh telan.hahaha.tapi laki aku,
laju je habiskan air tu, sbb dia dh biasa minum kat Vietnam dulu.
air tu bagus tau, if makan banyak, nk cuci perut skali, mmg bagus.

Makanan pertama yg sampai ialah Vietnamese Rice Paper Roll,
dia mcm popia, tapi berkulit jernih, mereka tak bungkus kan pada kita siap siap,
kita yang akan gulung POPIA kita ni sendiri, sbb dia kata,
ada setengah org yg x suka sayur banyak, ada yg suka,
so kita boleh gulung popia ini seperti mana yg kita suka.

Bahan bahan di Viet-Thai Canteen ni kebanyakannya diimport khas dr Thailand
dan Vietnam, mcm mana sedapnya makanan kat sana, mcm tu jugak lah rasa
makanan di Viet-Thai Canteen ni! haih rindu!






Kuah Kacang dan Vietnamese Roll

Kemudian, bermulalah sesi menggulung, korang tau tak! laki aku tu,
berebut nk gulung popia tu sama dgn aku, aku geram betul!
habis popia aku pon dia sibuk nk gulung! haih! dah lah gulung ikut suka dia je,
pas tu paksa aku makan.hahahaha.burok dia gulung.geram aku.hahaha.

sedap ke Vietnamese roll ni?

perghhhhhh! sedap wei! aku tak tipu, benda makan mmg x leh tipu,
mana yg sedap.aku akan cakap sedap, udang yg dia bg tu mmg fresh!
ayam tu cukup semua rasa, mmg sedap! popia tu dicicah denga kuah kacang tu,
ntah apa namanya, kuah kacang tu sedapppp! laki aku ratah gitu je,
kalau nk pedas sikit, dia bg cuka + cili, mmg ummpss!



budak busy!

Viet-Thai Canteen Thai Platter

Hidangan kedua kami, kami disuruh rasa Thai Platter dia,
nasiblah semua potion untuk rasa ni sikit sikit je,
kenyang gila wehhh! kalau potion asal, dia banyak tau, bukan mcm ni.
hehehe, nanti jangan cakap tak cukup pulak tau!

Green Papaya Salad

korang pernah makan kerabu? ada kerabu mangga, ada jugak kerabu betik muda kan,
aku pernah makan kerabu paling sedap adalah masa kat Manjung, Perak,
kat situ, kerabu dia mmg sedapppppp gila! kat mana mana takkan jumpa,
dan yang paling aku happy! kat sini ada Kerabu tu! huaaaaa,
rasa dia SAMA! sedap! terangkat! aku x dpt nk describe rasa dia,
tapi serius mmg sedap sangat lah korg! hish!

dan kemudia ada jugak Pandan Chicken, Hatyai Fried Chicken Wing
dan Thai Fish Cake, hmm ayam pandan tu mmg sedap sgt!
Chicken WING tu mmg WIN! Ya Ampun! sedap gila!
dan Fish cake pon sedap! rasa mcm pedas pedas sikit,
semua sedap! tak tifuuuuu!

Kerabu Betik muda
Kerabu Betik muda!

Vietnamese Drip Coffee, Vietnam No 1 Coffee

kemudian, mula lah sesi kopi kopi pulak, ni yang paling suami aku tunggu,
dah lama x pekena kopi vietnam dia kata, kat Vietnam, kopi mmg sgt popular,
dan kopi dia berperisa, bukan mcm kopi kita ni.hehehe.kat sini, dia bg kami try,
Home Blend dan Special Blend! yang aku boleh minum,
Home Blend, kalau yg special, aku mmg tak leh telan, kopi dia pekat sgttt!
haih gila lah! tapi yg special sedap, mcm coklat coklat sikit rasa dia.mmg ngam!
Vietnamese Drip coffee
penapis dia unik kan!
Special dan Home Blend!

Vietnamese Noodle Soup

Hidangan ke 3, kami di beri makan soup soup pulak,
ada 3 jenis, iaitu Beef Noodle, Chicken Noodle dan Siamese Laksa,
Beef noodle bg pencinta beef, Chicken noodle mmg sedap sangat!
dan Laksa siam tu rasa mcm kita makan asam pedas, mmg sedap,
kuah pekat, ikan sangat terasa! hmmm burpppp~ kenyang! hehehe.
Noodle Soup

Viet-Thai Canteen Rice Dishes

dannnnnnnnnnnnnn akhirnya sampai ke hidangan terakhir,
kami sampai tanya, eh eh ada lg ke ada lg ke? sbb kekenyangan sgt!
hahaha.kami juga disajikan dgn teh ais khas dr vietnam,
eh nyamannnn nya tekak!

hidangan terakhir kami ialah Vietnamese Grill Lemongrass Chicken Leg,
dan Vietnamese Grill Lemongrass Lamb chop, laki aku mesti lah ambil Lamb kan,
aku kena makan ayam.hahaha.tapi ayam dia sedap jugakkk!
korang mst muak dengan perkataan sedap kan, tapi kat Viet-Thai Canteen
semua sedap sedap lah, xtau nk cakap cm ne dah. mmg sedap.
nasi dan ayam yg diperap tu, sangat terasa kesedapannya,
lamb tu pon, mmg sedap lah perisa perisa dia, perapan tu sgt menyerap,
daging tak keras, dan sangat juicy!


Viet-Thai Canteen memang sedap!


Komen jujur dari aku, Viet-Thai Canteen mmg semua makanan dia sedap sedap,
semua sangat TERASA! bukan kata cuit cuit je guna garam, mmg sedap sgt.
untuk Bulan ramadhan ini, mereka pihak Viet-Thai Canteen mengadakan
hidangan makanan khas untuk berbuka puasa, Viet-Thai Canteen ni tiada GST ok,
dan xde service charge dan semua price adalah fix.


di atas adalah set yang mereka sedia kan, murah kan! DAN aku ada berita baik,
aku ada 10 voucer diskaun bernilai Rm10 setiap keping,
Viet-Thai Canteen berikan kepada aku, untuk diberikan kepada readers aku,
hehehe, sesiapa yang nak, boleh WA atau PM aku di Fan Page, dan aku
boleh berikan voucer ni kat korang, korang try lah! mmg sedap!
seyes sangat sedap!

untuk maklumat lanjut, korang boleh follow,

FB atau IG Viet-Thai Canteen ni.
Facebook : www.facebook.com/viet.thai.canteen
Instagram : instagram.com/viet.thai.canteen


dan aku sertakan juga, lokasi Viet-Thai Canteen :

Viet.Thai.Canteen
No. 6, Blok E Jalan GC4 Glomac 63200 Cyberjaya.
GPS : 2.923896, 101.656476

Waze : Glomac Cyberjaya
Emel : viet.thai.canteen@gmail.com


Selamat Berbuka dan Selamat Mencuba,
Hidup Biar Sedap!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849