Quantcast
Channel: safura.online.diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849

Lama Tak Cerita Tentang Princess

$
0
0
Pagi tadi masa baca baca komen di blog,
nampak satu komen yang menarik perhatian
aku, komen dari kak ain," Rindu nak baca Rara update pasal life and Pincess "
aku terus jadi tersentak, yeke? yeke ke aku lama x update pasal princess,
bila aku bukak balik post lama lama, mmg ye! lama aku x update pasal princess,
pasal life aku, pasal diri aku, perkembangan aku. #ehh, hehehe.
hmm, aku rasa skrg aku menghadapi kekangan masa yang melampau,
hahaha #poyo! aku ada banyak sangat benda nak cerita, pasal life,
pasal monolog dalaman diri, pasal perkara yang aku nampak disekeliling aku,
tapi aku sangat tak sempat nak meluahkan di sini mcm dulu,
tak sangka, ada orang yg suka baca pasal Princess,
kdg kdg aku risau, org kata aku nak RIAKKAN anak aku,
anak aku pandai ini, pandai itu, aku risau, tapi biasalah,
mulut orang kan, mcm mana nk tutup, kdg kdg kita tak rasa pun nak RIAK,
cuma mahu berkongsi, tapi manusia suka salah paham.

tapi takpelah, harini MOOD sangat baik dan mmg nak cerita pasal Princess,
Princess lagi 3 bulan dah nak masuk 3 tahun, mak mertua aku selalu ckp,
tunggu lah dia 3 tahun nanti mcm mana, mulut lagi lah mcm bertih jagung,
skrg ni, dia asek menyembangggggg je, dia suka sangat bercerita,
kalau kita menyembang tu, dia sibuk nk menyampuk.
kdg kdg geram sgt! cara cakap dah lah mcm orang besar,
tak de pelat pelat. cuma dia xleh sebut M, semua yg mula dgn huruf M,
akan tukar kepada huruf B, hahaha. kalau Merah, jadi Berah,
kalau sebut Berak, ok pulak.hahahaha.

*pause

haih hilang dh idea aku, tgh tgh menaip, ada rezeki masuk,
so jawap call dulu.hehehe.ok jom sambung balik.

Princess so far masih lg pakai pampers, dia like dh xnk pakai pampers,
tapi disebabkan Taska dia masih ragu ragu, ibuu di taska dia suruh jugak bawak
pampers lg, tp dia dah pandai cakap " ibuu nak kencing "
kalau dulu, bukak je pampers, bersepah kencing atas karpet,
tapi skrg, kalau bukak pampers, kalau nk kencing, laju je dia lari ke toilet,
pencapaian yg agak membanggakan lah jugak.

Berak pon mcm tu, dia kalau boleh, xnk berak dlm pampers,
dia nk masuk toilet, nk meneran dlm toilet, tapi kalau tak tahan,
dia teran je dlm pampers tu, pastu baru ckp " ibuu kakak berak "
hahaha. InsyaAllah, umur Princess 3 tahun nanti, boleh lah Free Diapers dah,
aku pulak yg kena bersedia, bukan dia, tapi aku.hahahaha.
sbb org kata, mula mula nk Free Diapers, tiap 5 minit kena tanya anak
" nak kencing ke " hahaha, tapi aku ni, kalau meleka baca blog,
lebih dr 5 minit ni, hehehe.tak pelah, masa tu pun nanti dia dh bijak,
skrg pon dh pandai lari g toilet, insyaAllah, moms know the best!

susu pulak, princess jarang sgt dh minum susu, kecuali malam,
lain lain dia suka minum air masak, aku biasa bg dia minum air suam,
sampai kan dia xnk minum air sejuk.dia rasa pelik bila minum air sejuk.
susu pun nak yg panas je, kalau sejuk, hmmm haram lah dia nk minum,
dia suruh aku buat yg baru, tengah malam pun aku dh tak bg dia minum susu,
demi menjaga gigi dia, aku dh stop bagi dia susu tengah malam,
dalam masa yang sama, boleh ibuu tido lenaaa.hehehehe.
sebelum tidur, aku bg dia minum sebotol susu, dan air masak,
then gosok gigi, then tido, dia cakap
" ibuu, doktor cakap, lepas gosok gigi, tak boleh minum susu kan? "
hahahaha, bijak anak ibuu.

Princess skrg dah pandai memberontak, dah pandai merajuk,
kalau dia nk apa apa, tapi aku and papa dia tak boleh bagi,
kami kena pandai psycho dia, kena pandai pujuk dia,
kalau tak! satu Malaysia boleh dgr dia jerit, menangis mcm lah kena dera.
geram sgt aku!

lagi satu dia suka posing, hahaha. mana mana pergi, mesti suruh snap pic,
then posing, kan aku suka buat Food Review kan, dia pon dah pandai snap
pic makanan, hahahaha, dia tiru mcm mana gaya aku snap pic,
adoiii lahhh! sampai nak masukkan makanan dlm mulut pun,
suruh aku snap pic, ni contoh dia :






Semua pic kat atas ni, dia pose sendiri, dia suruh kita snap pic dia cm ni,
hahahaha, sabar lah banyak banyak, sbb dia biasa tengok aku ckp kat papa dia,
sayang, snap pic eb jap.pas tu aku pose, dia tiru lah jugak! 
so salah siapa.hahahahaha = . ='


dia biasa lah, adore sgt papa dia, papa langsung xleh kemana mana,
kesian pakai, nk berak pon payah.sampai kan papa dia kata,
nk buat patung lilin satu.hahahaha.

ok lah, tu je nak cite, bai! hehehe.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849