Pengalaman Pahit
hehehe, sebab benda pahit aku malas nak ingat, aku malas nk kenang,
sbb ianya bagaikan pisau yg mengiris dada aku, merecik recik darah,
dan kalau aku kenang,akan terasa kembali sakitnya.hmmm.
TAPI, demi cabaran 20 hari, aku tulis jugak, benda yg aku rasa
PALING pahit.
pengalaman pahit aku bila kami tidak dapat lagi berbuka
puasa satu family, bila terpaksa berbuka asing asing dgn mak dan papa,
sedih, tapi apa kan daya, Allah dah menentukan semuanya.
Pengalaman pahit berpuasa semasa mengandung pulak,
bila aku tak dapat puasa penuh, sedih gila! sbb aku dh target,
masa aku mengandungkan Princess, aku nak puasa penuh,
tapi tak dapat sbb aku cirit birit masa tu. so aku tinggal 2 hari.
dan Pengalaman PAHIT last skali bila!!!!!
hahahaha. BILA TERPAKSA buka puasa pada AZAN ASAR,
hahahahaha.stresss mak! rugi puasa, tetiba kena berbuka!
hahahaha.sabar jelah!