Cara Jimat untuk ke Krabi Night Market
Kalau korang boleh bawak motor, better korang sewa je motor, sebabnya, bayangkan, kalau naik teksi, korang kena bayar 1000bath pergi balik, lebih kurang RM100 lebih untuk hanya nak pergi pasar malam, WTfish! hahaha. so tak payah, dengan 1000bath tu, banyak benda yang ko boleh buat, kalau sewa motor, korang jimat 800bath, sbb sewa motor hanya 200bath ( sehari ) kalau ambil jam 5pm, 5pm esoknya baru hantar, jimat kan!
![]() |
tanya jalan.hehehe |
![]() |
rambang mata nak pilih motor. |
Kat sini, korang tak payah lesen, kalau tak nak pakai helmet pon boleh, tarak hal, tapi bahaya lah kan, better pakai. Ada motor ni senang, nak pusing pusing Aonang pon senang. alaaa dorg ada je skuter, just preeeggggggggggggg je pulas, apa susah. kat sana semua pun guna motor, dorang mana ada guna kereta.
Sampai je hotel lepas Island Hopping ( phi phi island ) kami terus mandi mandi, jamak, siap siap terus keluar balik. sbb tazabar nak pergi ' krabi night market 'kofkofkof. konon sangat kan! hahaha. Pasar Malam dorg ni kat Krabi town. sebelum nak keluar, kena ada ilmu, laki aku menuntut ilmu jalan nak ke Krabi town dulu dgn receptionist. bawak peta! jangan lupa.
![]() |
budak ni tak habis habis berangan |
![]() |
seketol kura kura |
Kat sini jangan harap lah nak dpt helmet lawa-lawa, ko tengok aku pakai helmet pink tu? cukup lawa dah kan! hahahahaha. choii lah! tapi layankan aje, kat KL xde merasa nak pakai. Princess pon ada helmet, tp besar sket. dah mcm angkasawan dah aku tengok. Tapi dia semangat nak pakai, layankan aje.
Laki aku amik motor Honda ni, skuter, tapi mcm baru, laki aku check tayar dulu, check minyak, tanya mcm mana nak lock, macam mana nak handle, walaupun dah tau, TANYA LAGI banyak kali.hehe. laki aku mmg gitu, double confirm kekdahnya. dorg kat sini friendly sgt, jgn risau lah.
Perjalanan ke Night Market yang mendebarkan
#maaflah, aku tak dpt nak bg route jalan ke Night Market. lupa nak snap picture, sbb Princess tido masa atas motor, lenguh tahan kepala dia.haha.
Sampai je sini, laki aku say thanks lah kat bebudak tu, sbb sudi bg kami join sama-sama, kalau sesat dia, sesat lah kami, tapi Alhamdulillah okay je semua.
![]() |
aku pon boleh lukis.kofkofkof |
Sampai je pintu utama masuk, ada budak tgh berjoget-joget tarian Thai, bila kita nak snap picture, dia stop dance.haha. bijak! waktu keluar situ baru kami bg tips kat dia, kesian dia penat joget.
Kami hanya cari FM je kat sini, agak murah lah dari kat Aonang, Tshirt pon agak murah kat sini, dan ada mcm mcm design, takde lah balik balik i ♥ Krabi, bohsang kan!
Papa sempat lagi test power, main game menembak. layankan ajerrr,hehe. Masa ni dah lenguh dukung Princess, sbb dia tido, walaupun 14kg, lenguh weiii!
![]() |
mini ice cream! |
Lepas habis pusing, takde aktiviti, kami mencanting batik pulak. hahaha. ala ala sangat kan~ satu canvas ni 20bath je, aku 1, Princess 2 canvas, tu pon dia nak lagi, ahhh sudah! lain kali pulak. then merempit balik ke Aonang. masa ni jalan dah gelap, ada jugak tempat tempat yg xde lampu, aku berzikir je sepanjang jalan, risau weh! hahahaha. laki aku x habis habis borak. Princess kat depan, suka sangat, sbb dah puas tido tadi kan.
Masa balik, kami tersalah simpang tau, tetiba ckp kat laki aku, " eh kita tak lalu pon jalan ni tadi " laki aku pon, " eh eb, lalu ke sini eh, lalu ke eh. " eh eh geram plak aku, cuak pon hado. last last benti tepi tanya org, dia suruh patah balik. mmg betul terlepas simpang.haha. Orang kat sini ada yg boleh cakap Kelantan tau, nasib nasib lah.
Patah balik, masuk simpang, keluar simpang, jumpa Aonang. phewww~ legaaa.hahaha. kalau kita keluar dr Aonang tu, adalah perkampungan perkampungan, Aonang tu je happening sbb banyak pub. on the way balik, jangan lupa isi minyak motor, kang mati tgh jalan, haru plak. laki aku beriye isi sampai 60bath, full tank, tapi kami x guna habis pun, guna suku je.
![]() |
ntah hape hape.hahaha |
![]() |
bg burung makan.hahaha |
![]() |
angkasawan. |
apa je yg kami beli? Burung Merpati untuk Princess + lipas hahahaha.
Dah sampai Aonang, bg Princess makan nasi goreng hotdog, aku makan Somtam. korang tau tak, aku mintak lah somtam tu pedas, sekali dia buat, Ya Allah, mcm nak membunuh. pedas gila nak mampus, geram betul aku, makan jugak lah, lepas tu sume bibir jd Angelina Jolie. choiii!
Then tak lupa singgah Pak Cik Aziz punya gerai, pekena teh tarik + Nutellah pancake, laki aku tak habis habis dgn sticky manggo rice dia. mmg thorbaekkkk!
![]() |
terangkat! |
![]() |
melancarkan sistem perkumuhan |
kengkonon sgt mengadap keindahan sambil makan, padahal! hahaha. Sekian entry Krabi night market. hehehe. Tapi mmg enjoy lah bila naik motor, tak payah risau driver tunggu kita, tak risau nak pergi mana, jimat pon jimat. so! apa lagi, pegi lah usha AA.hehehe.
Roughly Budget Day 2 :
Sewa Motor 200bath
Mini ice cream 20bath
burung merpati + lipas 30bath
Nasi Goreng Hotdog 50bath
Somtam 60bath
Nutella pancake 40bath
Teh Ais 30bath
Manggo Sticky Rice 50bath
Souvenir 200bath