Quantcast
Channel: safura.online.diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849

Adalah tu silap kat mana-mana

$
0
0
Lately aku rasa ada je benda tak kena, cepat je nak emo, sikit sikit benda pun nak terasa, sikit sikit nak keluar air mata, emosi senipis tisu, senang terkoyak. haih. kenapa lah hormon ni, ni yang aku tak suka, bila over stress je, mula lah allergic teruk.

Starting dr hari isnin haritu. aku rasa lemau lemau, then kat timeline fb sume berita yang tak best, kecuali dress kawen Anzalna je, lain lain sume berita tak best. Sume benda yang merisaukan aku, errr boleh tak! dari campak anak, dari dera anak, dari anak tak sihat, dari subsidi tepung, sampai lah ke berita gempa semalam. Ya Allah. dunia nak Kiamat ke?

Tadi pulak kak Nadia WA aku, dia kata barang aku yang dia pos hilang, xboleh nak track, cicir gamaknya, Allah. dah lah suppliment aku tu. Rasa down lagi, rasa nak nangis lagi. Tapi takpe, aku sabar, kak Nadia mintak maaf, dia kata dia nak ganti. aku pun okay lah, xpe lah kak, nak buat mcm mana kan. Aku pun mintak maaf kat dia, dia kata mungkin dia kurang bayar zakat kot. hahaha. Aku pun mungkin lah ada silap di mana-mana. Allah nak uji kan. Aku pun kena banyakkan sedekah ni.

Ni baru kejap ni, Puan Finas penyelia taska Princess wasap, princess batuk, batuk batuk teruk, sampai xboleh tidur, aku rasa penangan aiskrim sumi lah tu, sehari makan 2 batang. menyesal lak aku buat. Ni aku nak amik jap, nak bawak g klinik. Moga tak melarat lah, balik ni nak buat minyak bawang putih mcm biasa.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua ya, bergenang air mata aku masa Puan Finas kata Princess batuk batuk sampai terjaga, x lena tidur. sedihnyaaa. Kesian anak aku tu. Yelah kan, mungkin aku ada buat silap apa apa ni. kena audit balik diri. kena uruskan diri aku betul betul lepas ni. Minggu depan aku dah tutup order untuk brownies dan Pavlova, Minggu lagi 1 pun dah tutup dah. nak bg lebih tumpuan sikit kat Princess. Tq korang sbb selalu support.

Semoga korang dimurahkan rezeki tau. Bai, doakan Princess sihat sihat je eh. ♥


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1849