sebenarnya ketika aku menulis ni jam dah menunjukkan pukul 4 pagi dan aku akan bekerja dalam tempoh beberapa jam saja lagi
tapi aku rasa kalau aku tak tulis pasal benda ni, aku takkan tidur dengan tenang, so dalam mengantuk pun aku gagahkan juga
malam tadi seorang sahabat yang juga pengusaha kedai dobi telah melontarkan satu statement yang cukup meresahkan
katanya, tahu tak kau tentang hukum memakai baju yang telah menjalani cucian kering atau kita selalu panggil dry cleaning
sebelum pergi jauh, baik aku cerita apa itu dry cleaning
ia adalah proses mencuci pakaian tanpa menggunakan air
tetapi bukan bererti teknik mencuci ini benar-benar kering atau tidak basah
istilah dry clean ini hanya diciptakan kerana ia tidak menggunakan air dalam
proses pembersihannya tetapi menggunakan bahan cairan solvent
(yg bahannya itu diperbuat dari minyak mentah)
orang akan hantar pakaian mereka untuk dry cleaning jika ia dibuat dari wool, rayon atau sutera
ini kerana fabrik jenis itu akan berubah warna dan “mengkerut” bila kita mencucinya dengan air dan sabun
berbalik pada cerita member aku ni, katanya silap haribulan dry cleaning ni TAK SUCI!
aku tak ‘melantun’ tak tentu pasal pasal statement dia ni kerana aku tahu dia layak bercakap tentang perkara berkenaan, sebab dia memang buat bisnes ini
baik dengar elok-elok apa yang dia kata kat aku;
” Syahril, kebanyakan kedai cucian kering atau dry cleaning di negara ini masih menggunakan bahan yang dipanggil solvent perchloroethylene (Perc).
” Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya setelah Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.
” Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan dalam Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak
” Tanpa air mutlak setiap pakaian yang dicuci tidak akan suci sekalipun bersih pada pandangan mata kasar,” tegasnya
alamak! statement Nazir atau aku panggil Aceh dari BigFoot Laundry ni betul-betul buat aku tergamam
memang betul, Islam bukan saja lihat pada kebersihan, tetapi juga KESUCIAN
pastu aku tanya balik, entah-entah Perc tu mereka buang dan ganti setiap kali selepas digunakan
tetapi menurut Aceh, ia tidak mungkin berlaku kerana kos Perc itu sangat mahal, boleh bangkrap taukeh dobi kalau buat macam tu, lagipun taukeh dobi terutama yang bukan Islam dia peduli apa, bagi dia yang penting pakaian itu bersih, manalah dia faham tentang konsep suci itu betul juga cakap Aceh
abis aku tanya balik kat Aceh, apa pilihan yang kita ada kalau dry cleaning tu TAK SUCI?
dia bagi satu kaedah iaitu memilih perkhidmatan wet cleaning atau Aqua wash
sekarang ni dah banyak kedai dobi yang ada perkhidmatan ini
aqua wash tidak menggunakan sebarang bahan kimia terlarang dan
tidak mengandungi minyak haiwan bahan yang digunakan
adalah berasakan biodegradable soaps and conditioners
pakaian yang dicuci melalui sistem aqua wash akan melalui prosess pre-spotting dan kemudiannya dibasuh menggunakan air serta aqua wash chemcial menggunakan mesin yang telah diprogramkan
yang penting, setiap cucian yang dilakukan adalah menggunakan air serta chemical yang tidak dikitar semula,
tidak seperti kaedah dry cleaning yang aku sebut tadi aku terpaksa kongsi maklumat ini kerana dah diberitahu, aku rasa berdosalak kalau simpan, kebetulan orang kita memang kerap hantar baju untuk dry cleaning
so aku alu-alukan kalau korang ada pendapat atau tahu hukum dry cleaning ni, kalau ada fatwa mengenainya lagi bagus!
![]() |
mesin dry clean |

kredit : SUMBER
p/s : aku ada baru sehelai baju yg basuh dry cleaning.ahcaner tu?