MyAuraCrystal SPA Bangi
Aku adalah orang yang tak rajin ke spa, tak rajin untuk buat facial, tak rajin untuk manjakan diri dalam sauna, busy wehhh, semua benda tak sempat, nak sental tumit kaki pun tak sempat, kofkofkof. Tapi, bila terima pelawaan untuk review satu SPA di Bangi ni, aku jadi teramatlah berbesar hati, sebab apa? sbb servis yang dia tawarkan sangat menambat hati aku. Serius aku kata, aku review seikhlas hati aku, bukan puji melambung, tapi apa servis yang aku terima, aku akan ceritakan, so dah sedia? hehehe.
Apa servis spa My Aura Crystal yang aku suka ni? hah meh nak cite, MAC spa ni sangat unik sbb dia menggunakan
KAEDAH RAWATAN TERAPI AURA iaitu :
Kaedah rawatan Terapi Aura ini memberikan keunikannya tersendiri di mana teknik rawatannya menggunakan Teknik Penyembuhan Reiki serta menggunakan produk-produk berAura. Teknik ini adalah satu teknik rawatan yang diguna pakai di dalam rawatan alternatif moden. Kaedah rawatan yang ditawarkan ini akan membantu anda menyembuhkan dan merawat situasi fizikal, emosi, mental dan spiritual anda supaya ianya menjadi lebih stabil. Kestabilan ini akan membantu anda meningkatkan potensi diri dan tahap keyakinan anda dalam pelbagai situasi atau keadaan.
![]() |
sijil sijil Fazz |
Haritu aku mendapat rawatan Aura dr owner Spa sendiri, Puan Fazz, panggilan mesra, hehe. walaupun dh berumur 30an, tapi Fazz nampak mcm 20an wehhh, kecik molek je, lawa, friendly and sgt banyak cakap, seronok sgt borak dgn Fazz, buat cust mcm kawan kawan je.
Korang faham tak tentang Aura yang aku cerita kat atas tu? dalam erti senang faham, mcm artis, tengok tak arti mcm Siti Nurhaliza tu, mcm Aaron Aziz tu, dia ada aura dia tersendiri, mcm seller seller makanan, tudung, baju baju, nampak tak mcm mana dia jalankan bisness dia, mcm mana boleh laris, mcm mana boleh terlajak laris? dia ada AURA dia sendiri.
Setiap insan ada Aura dia sendiri, Aura dari wajah, dari suara, dari tingkah laku, dari penampilan, semua ada. Aura ni boleh merudum dan boleh di rawat tau, dia di rawat dengan cara reiki, reiki ni ada lah orang orang yang pandai buat, bukan suka suka ye, dengan reiki ni, boleh kurangkan baran, kalau laki bini asyik gaduh, boleh ( insyaAllah ) sejuk selalu, kalau anak sakit boleh ubatkan, kalau korang rasa korang takde kekuatan untuk memulakan sesuatu, dia boleh
NAIKKAN AURA korang, rasa mcm cerita dalam TV kan, hehe. Tapi ini realitinya.
banyaknya aku cerita, ntah korang baca ke tidak ni. hehe. Sila baca ye.
![]() |
fazz terangkan maksud aura |
Aku memulakan rawatan aku dengan detox, rendaman kaki dan buang toksin. skali dengan urut urut tapak kakai, hehe. Fazz dibantu oleh pelajar-pelajar praktikal, so Fazz more to healing dan bekam. Dalam masa proses detox kami, Fazz cek aura kami, fazz cek aura kami menggunakan cara " tradisional " menggunakan ROD nama dia DOWSING ROD. Rod ni jugak bukan semua org boleh guna ye, laki aku cuba acah acah guna, dia tak boleh go. kena yang ada ilmu.
Fazz akan cek aura di Kepala, Tekak, Perut, Sex, dan lain lain lagi. Mcm aku, bahagian yang kena healing adalah perut, hehe. mcm Lan, dia ada masalah di kepala, sbb masa tu mmg dia banyak masalah. Memang dowsing rod menunjukkan skala yang besar masalah dia di kepala. bahagian lain ok.
Lepas Fazz dah cek aura, then masa untuk healing, healing ni aku tak pandai nak terangkan, tapi mmg unik cara dia tau~ korang akan dibaringkan dan akan " tidurkan " then korang hanya akan mendengar arahan, dan lepas tu bila aura korang dah heal, korang akan rasa lebih bertenaga dan normal semula, sbb dah di boost up aura tu. Servis ni di panggil Aura REIKI CHAKRA Healing Treatment & REMOVED BAD ENERGY
Sementara suami aku healing, aku buat facial dulu, facial mcm biasa lah, mmg best sangat, sampai terlelap aku. Lebih 9 jenis facial yang korang boleh cuba,
1. Aura Facial
2. Aura Resdung Herba with Seawett Masker Facial
3. Aura Resdung Express
4. Aura Normal Facial with Special Masker
5. Aura Facial V- Shape and Slimming with Collagen
6. Aura Facial Whitening with Collagen
7. Aura Facial Gold 24k with Gold Angle Mask
8 Aura Facial Lifting RF with eye treatment
9 Aura Facial Lifting Express
Lepas Facial, aku pun di " heal " jugak, lepas heal, Fazz check semula aura aku, dan semua back to normal, bad energy pun dah dibuang. Eh korang tau x, bad energy tu lah yang boleh menyebabkan kita selalu down, selalu negative, dan boleh buat kita stress and lagi bad kita boleh gila tau! sbb tu bad energy kena buang! Korang mesti cuba, tambah lagi siapa yang jenis berkerja dengan orang. Cubalah~
Servis Bekam Untuk Wanita
Lepas healing aura, lepas aku facial, kami buat servis bekam pulak, wehhh seronok sangat spa ni, sebab semua benda boleh buat kat sini. Sebelum ni payah nau nau nak cari servis bekam untuk perempuan kan, so now kt sini boleh buat, senang hati aku.
Fazz jugak buat bekam untuk lelaki, urut pun boleh, semua Fazz boleh buat. Terbaek gila Master Fazz ni. Korang nak mengurut ke, nak naikkan peranakan ke, semua boleh lah! tak payah tanya, cakap je nak buat apa.
Servis bekam juga unlimited cup ye kawan kawan, kami laki bini buat atas belakang, laki aku ni kali kedua buat, aku kali pertama. Cuak hoiii! hahaha. Nasib lah semua okay je. Rasa kena cucuk cucuk tu mcm kena karen manja manja je, hahaha. Laki aku kata, banyak gila darah aku keluar masa tu. perghhh~
Untuk aku yang ada masalah allergy ni, mmg PERLU buat bekam, buang darah kotor, darah kotor yg keluar tu TAK SAMA ye dengan darah period, darah period tu lain. darah bekam ni adalah darah kotor yang di bawah kulit. epidermis, kekotoran yang keluar adalah dari bawah kulit. Sunnah Nabi.
Lepas ni aku nak buat kat kaki pulak. wiwiwiwi~
Rawatan Hubungan Suami Isteri
Kat Spa ni jugak ada rawatan untuk merapatkan hubungan suami isteri tau, untuk SUAMI ISTERI yang SAH sahaja ye. hahaha. Fazz menyediakan rawatan Aura Bath Therapy with Himalayan Salts dan Aura Flowers Bath with Himalayan Salts, DAN YES, boleh mandi bersama suami anda. hahahaha. buat je mcm rumah sendiri, dan Fazz sendiri bgtau yang ada jugak pasangan yang dah repeat untuk " mandi " bersama-sama ni.
Mana yang rasa hubungan tu dah mcm kelaut je, boleh lah ikhtiar rapatkan semula hubungan tu. Kat tempat lain takde weiii mcm ni. Sauna pun hado! lepas ni aku nk buat sauna dan bekam kaki pulak.
Puan Fazz juga ada keluarkan produk Aura Shower gel dan Aura booster spray, best kan! boleh boost je aura tu. tak yah susah susah. Last but not least, TQ Fazz for having us, seronok sgt buat facial, healing aura, bekam, later kami datang lagi okay.
Korang juga yang rasa badan letih letih, rasa nak marah, rasa aura leaking, rasa nak bekam, boleh dtg MyAuraCrystal SPA di Bangi ni, mmg best, mmg terbaik!
![]() |
Fazz yang omei~ |
Untuk pakej dengan harga-harga, boleh tengok di website Spa -
FB, Twitter & Instagram - myauracrystal
Atau hubungi -
Master Fazz
012.940.2552