Quantcast
Channel: safura.online.diary
Viewing all 1849 articles
Browse latest View live

Beli Produk Yeos Rm5 dan Menang Tiket Ke MAPS Ipoh Perak

$
0
0

Peraduan Yeos Terbaik Ramadhan


Aku dan Yeos memang tak dapat dipisahkan, aku kalau nak beli air soya ke, cincau ke, teh bunga ke, semua Yeos, tak biasa jenama lain. Lepas tu, yang bestnya, kalau beli product Yeos ni, korang boleh join macam-macam contest, boleh menang macam-macam.

Ni dia dah start pulak contest TERBAIK RAMADHAN! Yehuuuuuu, nak juga mencuba ni! semangat aku ni, mana tahu menang kan. 5x pemenang selama 8 minggu weh! dah nak menyambut Ramadhan dah kita ni kan. Stok air kotak mesti ada kan? so apa lagi, join skali lah contest ni wei! silap-silap dapat pergi MAPS FREE ( movie animation park Ipoh Perak ).

Macam mana cara nak join contest Yeos Yeogurt Sedap dan Sihat ni? Senang je wei! Modal pun sikit je. Serendah Rm5!!!

Langkah-langkah :

1. Beli produk Yeo’s Yeogurt berharga RM5 dalam satu resit

2. Ambil gambar resit rasmi dan taip (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Nombor Resit Rasmi)

3. Hantar ke 012-2124873


BELI PRODUK YEO'S YEOGURT tau! beli jumlah dalam Rm5 ( dalam SATU RESIT ). Alah, rm5 jeeeee, anak anak kan suka, beli je, tak rugi. hahaha. Tak tahu macam mana air Yeos Yergurt tu? Ok, rujuk gambar di bawah!

Ada 6 perisa Yeos Yeogurt, Asli, Oren, Anggur, Mangga, Epal dan Laici, aku paling suka Epal sebab masam, laki aku suka Asli! So aku memang akan selalu beli air ni, lagi 1, lepas minum, membuang pun senang. HAHA.

fav kami 1 famili.
dalam 1 resit begini, lebih xpe, jangan kurang. hehe
Then tulis Nama, Num IC, num Resit then wasap ke number di atas. Resit jangan buang.

TEMPOH Contest 6 April hingga 31 Mei 2018
So, boleh join.

HADIAH-HADIAH

- Hadiah Mingguan x 5 pemenang x 8 minggu

- Pas Seharian Untuk Sekeluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS)



Jadual Cabutan Pemenang Mingguan

Minggu 1 : 6 April – 12 April 18

Minggu 2 : 13 April – 19 April 18

Minggu 3 : 20 April – 26 April 18

Minggu 4 : 27 April – 3 Mei 18

Minggu 5 : 4 Mei – 10 Mei 18

Minggu 6 : 11 Mei – 17 Mei 18

Minggu 7 : 18 Mei – 24 Mei 18

Minggu 8 : 25 Mei – 31 Mei 18

Apa tunggu lagi, contest start 6hb April ni, so boleh dah pergi beli air kotak Yeos Yeogurt siap-siap, RESIT JANGAN BUANG YER! sila simpan. Mana tahu nanti korang menang, pihak Yeo's akan mintak korang send semula gambar resit pembelian tu.

Para pemenang akan diumumkan melalui :

- WhatsApp
- Laman Web Yeo’s Malaysia
- Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
- Akaun Facebook Yeo’s Malaysia

Website : www.yeos.com.myFacebook : www.facebook.com/YeosMalaysiaInstagram : www.instagram.com/yeosmalaysia
Jangan lupa Hashtag
#TerbaikRamadan#SedapDanSihat#YeosMalaysia

Review Iron Philips Steam Generator

$
0
0

Iron Steam Philips Murah


Hai korang, ramai eh tunggu entry review Iron Philips ni kan, hihi. Entry ni bukan entry berbayar tau, laki aku yang kena bayar Philips. Tapi takpe, mana tahu nanti dpt review barang Philips betul-betul. Kan best. Melabur dulu kekdahnya. lols.

Aku benornya, dari tahun lepas nak beli iron ni, memula yang Rm1250 tu, iron tu dari Amway tu, tapi dok tahan-tahan, tak beli beli, last last, dah pindah rumah ni, memang aku tak tahan dah, iron Tefal aku tu dok " makan " baju, geram gila aku wei, habis baju, tudung semua berlubang.

Lagi yang membuatkan aku nak beli iron ni, sebab laki aku dah mula pakai kemeja, kdg kdg hari ISNIN PAGI, dia bg " task " kat aku, " eb tolong gosok kemeja sayang yer ", hoiiii, dgn iron aku yang TAK BEST tu, kena gosok kemeja, berpoloh-poloh aku pepagi, panassss je rasa, menitik nitik peluh, HAHAHA.

Si Dilah pulak cucuk aku dgn iron philips yang baru tu, lawa wei, color gold, Rm1650 tak silap harga dia, duk fikir-fikir gak, adakah harus aku keluarkan duit ASB. hahahahaha. Sebab serius, dorg hasut aku, cakap best best best!

Memula Dilah suh masuk kutu, aku jenis malas pulak nak main kutu, malas nak kommit tiap-tiap bulan, baik aku bayar cash, then aku ganti jelah sendiri duit tu nanti, kira hutang dengan diri sendiri jelah. lols.

Eh panjang pulak opening. thennn jom kita pendekkan cerita. Dok bincang bincang dgn laki aku, dia diam je, tak cakap apa pun. Last last sampai Iron ni kat rumah. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Steam Generator Iron GC7808 ( New Model 2017 )


Tempat beli : Lazada
Harga : Rm609 ( boleh turun lagi sampai Rm590 )


Tadaaaa ini lah iron dia, MURAH SEPARUH dengar model yang di Amway tu. Tapi yang ni takde iron board, korang akan dapat IRON saja!

Aku pun pening gak, mana nak beli iron board ni, sebab benda lah ni besar, pas tu nanti buh air, dia akan jadi lagi berat tau. So, kena beli iron board besar, aku scroll scroll baca dekat Lazada, ada sorg komen dia kata beli iron board dekat Ikea je, gigih pergi Ikea tau, so dapat Iron Board ni Rm99 saja!

Total Lost Rm700. OK lah!

Best ke Steam Iron Philips ni? SERIUS BEST! aku tak tipu! memula nervous nak pakai, macam mana lah gayanya nak pakai ni, skali, zasss, terror lah mak!

Yang kelakar nya, aku dah tekan button ON, tapi aku gosok gosok, tekan bawah tu, kenapa tak keluar steamnya, rosak ke, nampak lampu biru atas tu je berdenyut-denyut, mula lah nervous, rupanya, kena tunggu 2 minit, lepas dah bunyi " teettt tetttt ", baru boleh guna. HAHA.

Lepas dah bunyi Tetttt teeettt tu, start lah menggosok, kalau tak nak guna steam tu, xyah tekan button bawah dia tu, ( button tu ada dekat tempat pemegang ), nanti kalau nak guna, korang picit je benda tu, keluarlah steam asap tu, bila tekan steam tu, itulah yang membuatkan korang tak perlu gosok depan belakang, gosok depan je, auto belakang pun helok terus. JIMAT MASA wei, serius!

PELUH PUN TAK SEMPAT KELUAR!
makin gemok lah lepas ni. haha.

Dah ada iron ni, aku still gosok tiap-tiap pagi juga, takde lah nak gosok sekaligus baju untuk seminggu, sebabnya dah senang kan, sebelum solat subuh, sempat lagi gosok baju. HAHA. Tapi dorang kata, nak jimat letrik, ko gosok seminggu punya baju terus, tapi mak busy, sabut ahad kalau xde event, mak tido. HAHA.

Air tu kan, idoklah nak kena topup selalu, seingat aku, kalau penuh tu, seminggu tahan lah untuk menggosok. Then bila korang gosok, licin je wei, gosok lah atas kain apa pun, senang je iron tu slide atas baju korang, serius best!

Auto off, if korang terlupa nak OFF, tak pe, dia akan auto off sendiri.

Dah masuk 3weeks aku pakai iron ni, serius sangat best, sangat puas hati, sangat berbaloi, jimat sangat masa, gosok baju is perkara yang sgt best skrg ni! sambil gosok baju, ko boleh senyum-senyum, dengan iron biasa, mampu ko nak senyum senyum, boleh blah! silap silap berlobang baju ko! HAHAAHA.

Atas ni antara description yang aku snap untuk korang, cartridge tak perlu tukar, weight of iron is 1.2kg je. save energy, ada ECO mode. murah. ada lock.

dan yang penting sekali, OptimalTemp, tak payah susah susah nak adjust suhu, tak payah nak setting setting temp bagai, Ya Allah, senang sangat! mak suka! aku bagi 10/10 so far, sebab bagi aku memang takde masalah! semua ok!

Iron Philips + iron board Ikea, ok sangat! Aku tak pernah lagi pakai Iron yang dr Amway tu, so xtau, tapi yang ni pun dah best!

Korang sila lah beli, mmg sangat jimat masa, skrg ni masa rasa singkat sgt, gosok baju je sejam, ni 5 minit, siap! hehe. Sekian, apa apa nak tanya, boleh DM yer, follow IG safurara. #ehh.

Rahsia Coach Aminah Kurus dari 125kg ke 58kg

$
0
0

Kurus Secara Semulajadi dengan CT FIT


Nak raya ni, semua pun nak kurus, #misikurusRaya katanyaaaa. haha. Haritu sempat aku pergi ke Majlis Pelancaran Produk dari Coach Siti Aminah iaitu CT FIT DETOX. Gigih aku pergi Pelancaran produk Coach Amie, sbb aku sangat adore dengan coach Amie, bayangkan, seorang perempuan yang memang berbadan besar, memang berketurunan badan gempal, boleh kurus sampai 58kg, sangat cantik! Allahu! semua orang boleh kurus, cuma, semangat tu! semangat tu yang kita mahu.

Actually bukan susah nak kurus, senang je, tapi nak mula tu sangat payah, and then kalau korang tak faham rentak badan korang, memang susah. Nak diet juga, bukan boleh main hentam je, kena juga study, badan korang jenis mcm mana, susah membuang ke, jenis banyak toksin ke dan sebagainya.

Ok jom start, apa itu CT FIT? CTFIT ialah product DETOX ya! bukan suppliment untuk kurus, korang takkan kurus kalau minum ni semata, ini pegangan coach Amie, kalau nak kurus dengan sihat dan bukan jenis yoyo iaitu turun naik, korang kena diet secara sihat. Macam mana diet sihat?

- Jaga Makan
Makan seberapa banyak sayuran & buah-buahan, lagi banyak lagi bagus. Sayuran dan buah-buahan mempunyai pelbagai sumber nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan.

- Senaman
coach Amie ada sediakan 30 exercise video

- Kurangkan Pengambilan Gula
Cuba beralih ke penggunaan gula stevia, gula perang atau apa-apa jenis gula yang memberi kesihatan kepada diri kita

- Kurangkan Makanan Berkanji
sekadar satu pertiga (1/3) daripada pemakanan harian anda. Makanan berkanji meliputi kentang, bijirin, pasta, nasi dan roti.

Kalau nak makan benda manis-manis, boleh, tapi berpada-pada. kalau lelebih, buruk padahnya, mcm aku ni hah! hahaha.

Bila tengok gambar Coach Amie dulu dan skrg, aku sangat impressed tauuuu! lain wei, mmg cantik sgt coach amie depan depan.

OK, lepas dah jaga makan, makan makanan sihat segala tu, apa yang penting lagi? DETOX. Apa tu detox? proses pembuangan toksin.

Buang air besar juga paling bagus 3x sehari ok!

Selalu, orang yang badan besar ni, masalah dia is SUSAH MEMBUANG, SEMBELIT. Bila susah membuang tu lah toksin banyak terkumpul dalam badan, mula lah badan mengembang, mulalah muka berjerawat, lemau dan sebagainya.

Minum CTFIT, korang akan rasa kenyang selalu dan senang membuang.

Bila rasa kenyang, senang membuang, campur exercise sikit, boleh lah kurus, betul tak?

Kenapa Coach Amie nak buat produk sendiri? kan banyak sangat produk kat luar sana?
Dia kata, " kalau you nak kurus, nak detox, tapi produk tu gula tinggi, kalori tinggi, what for? " betul juga apa yang coach Amie cakap, ko nak kurus, beriyer ni, tapi amik product detox yang gula tinggi, yappedaaaa, baik tak payah! So Coach Amie decide to buat product sendiri, plus coach Amie adalah orang yang sangat cerewet. Almost 3 tahun juga baru terhasil produk CTFIT ini.

Kakak Coach Amie juga salah sorang " lab rat ", korang boleh tengok betapa kurusnya kakak coach amie, kagum aku!

Oh, siapa yang dengar Sinar FM tu, MISI XL RAHIM. Dengan product Detox ni, Rahim berjaya lost 22.5kg tau!!! Dengan detox je, so mmg hebat lah kuasa detox ni.

Sedap tau rasa minuman Detox ni, mcm rasa strawberri pun ada. TAK MANIS lansung ok! sbb dia guna stevia.

" CTFIT merupakan satu produk minuman kesihatan detoks. Diformulasikan khas dari campuran buahan beri, sangat bagus untuk mereka yang ini menurunkan berat badan "

Fungsi CTFIT adalah untuk menyingkirkan TOKSIN dan lemak tang tidak berguna dalam badan. CTFIT juga membantu membersihkan COLON ( usus ) untuk mengelakkan sembelit. Sembelit tak bagus ok! silap silap boleh buasir.

Dari segemuk-gemuk, sampai sekurus-kurusnya. adududududu. sangat cantik tau!

KEISTIMEWAAN CTFIT DETOXs


1 botol mempunyai 30 sachet untuk pengambilan selama sebulan

KHAS untuk 1000 pelanggan pertama, korang akan dapat

Tshirt CTFIT percuma dan 30video senaman percuma


So yang nak kurus tu, nak dapatkan produk CTFIT! boleh whatsapp

CT FIT HQ




#teamCTFIT

Lain Juga Anak Jantan Ni Kan

$
0
0
Bila laki aku tanya, " ini ke anak lelaki kita? ", aku jawap, iyerlah! mesti ikut perangai papa dia. Kalau nenek ada, nenek kata, " ini lah perangai papa dia kecik kecik " hahahaha. HEBAT kan seketul Alfi! lols.

Alfi sangat lain dengan kakak. yelah, anak jantan, anak num dua, orang selalu cakap, anak num dua ni perangai dia lain, yelah memang lah lain, takkan sama pulak, dah kalau anak sulung tu baik, dapat anak num dua ganas sikit, mmg lah lain. HAHAHA. Tapi Alfi memang lain.

Alfi baru lepas keluar dr perut ibu.

Alfi Setahun 4 bulan. Budak bijak, banyak cakap, banyak akai, boleh dengar arahan, suka marah kakak, suka buat kakak, tapi sayang kakak.

Alfi bagi aku, perangai dia xde lah pelik mana, tapi dia ganas, anak jantan, mesti lah ganas kan! mana pulak nak lembut lembut, tapi ganas dia, Ampunnnn! mak macam terkezut! Kalau kita marah kakak depan dia, dia boleh join marah kakak, siap nak pergi pok kakak dia. Allahu! ibuu tak ajar dik oi!

So skrg ni, nak marah kakak, tak boleh depan dia. kadang-kadang tu bukan marah apa kat kakak, aku bebel je, ehhhh dia pulak sibuk sibuk nak g pok kakak tu, hangin lah kakak. Tapi kakak is baik hati, tak pernah buat adik, jerit then nangis.

Alfi sangat cheeky! aku tiap hari tak sabar nak ambil dia dari rumah nenek, sbb geram! anak senang jaga, sama mcm kakak, kalau nangis-nangis, means lapar or nak tidur, kalau lapar, bagi makan, nak tidur, tunjuk buai, masuk buai, tidur lah dia, selalu kalau dengan papa, paling senang tidur, papa henjut buai sikit, lena dah!

Makan pun x banyak hal, semua pun makan, tapi tak boleh pedas, kalau pedas sikit pun, jerit! kalau kakak dulu, umur macam ni, sos cili mcD, relax je dia ratah.

duduk dalam carseat xde hal, dia dah tahu, nak balik, kena duduk dalam car seat, lepas ambil dia dari rumah BS, susukan dulu, pastu aku cakap, " jom balik ", terus je masuk dalam car seat, bijak sangat ni! hehehe. Dalam kereta wajib ada makanan, sebab dia nak makan, kalau tak, bising ajak borak.

Alfi tak mcm kakak, pasang cerita, diam je tengok cerita, TAK ok! ada certain cerita je dia tgk, mcm upin ipin, Moana, lain dia tak layan, lagi suka makan dan dengar aku karok #ehhh. hahahaha.

Paling suka kacau kakak, apa kakak buat, semua dia nak buat, SEMUA! semua benda akan tiru kakak, kalau mood kakak ok, ok lah, kalau tak, kakak amuk. haha. Benda paling terbaru dia suka buat, main ambil order, siap pencil, kertas, ambil order kat semua org. HAHAHA. so funneh!

tu pun tiru kakak lah tu, pegang pencil pun tgn kiri, kidal ke hape pun x tahu! semua kiri, kanan kena ajar.

Kalau kakak dia diam, suka lah pergi tarik rambut, semalam, tiba2 dia gigit kakak dia, suka buat geram, tetiba dia geram, semua orang dia gigit. tapi tak selalu.

Ada doktor sorg ni cakap kat aku, bila dia gigit or tarik rambut, means dia sayang org tu, dia tak pandai nak ekspressi kan sayang dia, so dia gigit. Tak semua orang dia akan gigit. mana yang dia sayang je. ohhhh mcm tu! hehe

pastu Alfi ni kuat drama, kalau nangis, tutup mulut. kalau panas, xboleh, kena laju2 tutup muka dia, dia akan nangis kalau dia kena panas, kalau makan, pedas sikit, dia akan luek then julurkan lidah dia. eiiii geramnyaaaaa! haha.

Kalau orang tak layan dia cakap, dia lempang je. Allahu anak!

Paling BFF dgn papa, nampak papa suka sangat, bangun tido, mulut mst paaaa, paaaa, paaaaa. gerammmm! dengan ibuu dia nak susu je, xde nak benda lain. Nak susu pandai selak, nakkk titi nak tiii! hahaha.

nak tengok lagi kenapa aku kata anak jantan ni lain. korang tengok video Youtube kat bawah ni.

anak BERTUAH!

Kakak dia tak pernah tau buat mcm ni, dia je champion!

HAHAHA.

Takpelah dik, kecik lagi kan, nanti kalau dah pesar, tau lah ibuu piat telinga, lols.

Kad Ceria Khas Untuk Penduduk Wilayah Persekutuan Apa Itu Kad Ceria?

$
0
0

Seronoknya Menjadi Penduduk Wilayah Persekutuan


Disaat aku menaip ni, rasa malu pada diri, sebab baru tahu tentang Kad Ceria ni, rupanya, sudah 51k permohonan telah dibuat, malunya sebab ko baru tahu pasal Kad Ceria ni safura oi, HAHA. Disebab kan baru tahu, so terpaksa lah sebarkan pada korang yang layak, aku pon baru nak apply kekdahnya, dah tinggal di kawasan Kuala Lumpur kan, rugi lah kalau tak apply, sebab apa rugi? diskaun almost 70% tau kalau nak shopping. Gila kauuuu!!!

Kos sara hidup makin tinggi, dengan rm50, apa je kau boleh dapat, dengan inisiatif ini, so dapat juga lah kita berjimat, sekurang-kurang dapat lah menyimpan sikit duit tu kan!

Siapa Yang Boleh Apply Kad Ceria?

i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur 18 tahun ke atas
iii) Lahir/menetap di Wilayah Persekutuan
atauiv) Penjawat awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

so, if korang tinggal di kawasan selain Wilayah Persekutuan, korang still boleh apply kalau berkerja di sektor awan yang bertugas di Wilayah persekutuan, contoh macam aku kan, kerja di Angkasapuri, so boleh apply even aku ulang alik dari port dickson ( contoh ) hehe. Rugi lah kalau tak apply, guna lah segala kelebihan yang ada ni kan.

Kad Ceria ini dilancar kan pada awal tahun 2018 haritu oleh Datuk Seri Tunku Adnan, aku selalu tengok Tunku Adnan selalu bagi beras kat penduduk Putrajaya, beruntung sangat orang penduduk Putrajaya kan. OK nak bagi tahu juga, KAD CERIA ni adalah salah satu inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) tau.


Apa itu Kad Ceria?


ehhh tanya lagi, kan dah bagitahu, KAD CERIA tu kad diskaun, haha. Korang boleh nikmati diskaun sampai 70% bagi pembelian BARANGAN, MAKANAN dan PERKHIDMATAN.

macam mana tu?

Contoh :

Korang beli barang di Mydin, KK mart, BHP, Pusat Pakaian Hari Hari, Kenny Rogers, Wendys dan 6000 kedai dan rakan dagang lain, so boleh dapat diskaun kalau ada Kad Ceria ni!

Nak tahu kat mana lagi boleh guna Kad Ceria ni, boleh rujuk link kat bawak ni.

https://kadceria.kwp.gov.my/rakan_dagang_umum.php

kena SAMAN pon boleh dapat diskaun, rugi hoiii tak apply!

SELAIN ITU, untuk PENIAGA PENIAGA. Apa lagi keisitimewaan yang DBKL bagi?

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan insentif bagi rakan dagang kad ceria iaitu:

1. Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Diskaun lesen penjaja 60%
3. Diskaun lesen premis perniagaan :
i) 10% = 1 tahun
ii) 15% = 2 tahun
iii) 20% = 3 tahun
4. Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5. Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6. Promosi kepada perniagaan mereka secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7. Pengiktirafan daripada kerajaan kepada PERNIAGAAN mereka

So apa lagi? excited kan??? aku pun eksited wehhh! best gila! banyak diskaun, TQ DBKL dan Tunku Adnan atas keistimewaan ini, korang sila jeles yer, hehe.


Macam Mana Nak Apply Kad Ceria?


tak perlu susah susah nak ke pejabat ke mana-mana, terus apply online, segalanya di hujung jari skrg ni. Klik saja link di bawah.

https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php

Lepas dah apply, sila semak selepas itu ok!

https://kadceria.kwp.gov.my/base.php?page=pengundi

Bila dah LULUS, boleh ambil kad korang di kawasan berhampiran. So! selamat apply dan selamat shopping. hehe.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke website mereka ok :

Urusetia Kad Ceria

Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
E-mel: kadceria@kwp.gov.my

Skali Rawatan Di Klinik Swasta Rm80 Baik Pergi Klinik 1 Malaysia

$
0
0

Bayar Rm1 Untuk Mendapat Rawatan Di Klinik 1 Malaysia


Korang pernah pergi Klinik 1 Malaysia tak? aku tak pernah pergi lagi, sebab sekarang aku selalu pergi Klinik Kesihatan je jika aku dan anak-anak tak sihat. Aku dah tak pergi Klinik swasta dah sebab skali rawatan di klinik je, habis Rm80, Allahu, tak sanggup rasanya, memang lah kita memerlukan ubat dan rawatan, tapi jika sampai Rm80, tak sanggup rasanya.

So aku sanggup pergi KK, bayar rm1 atau pun mcm aku, FREE je sebab kakitangan kerajaan. Lagipun servis di klinik kesihatan dah bagus tau, laju jer, tapi kena pergi awal-awal. Ataupun, jika korang boleh tahan sakit or demam tu, boleh je pergi ke Klinik 1 Malaysia di kawasan berhampiran. Di Wilayah Persekutuan ni, dah banyak juga ada Klinik 1 Malaysia tau, so kalau urgent anak demam, boleh terus pergi Klinik 1 Malaysia.

Jika masalah kesihatan korang serius, dari Klinik 1 Malaysia, mereka akan terus transfer korang ke Hospital, dan please, jangan lah memperlekehkan hospital kerajaan kita, sebab hospital kerajaan punya servis pun dah makin bagus tau.

Aku kadang-kadang sedih dengan orang yang berlagak, jenis dapat ubat, tapi buang semua ubat, tolak vaksin, sebab bagi aku, lagi ramai yang memerlukan, tolong lah jangan selfish. #ehteremopula

Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

Korang tahu tak, ada orang yang tak sihat, tapi tak mampu nak pergi ke Klinik, maka Klinik 1 Malaysia adalah sangat membantu bagi aku. Tak kira bangsa, agama, atau siapa-siapa saja, boleh datang Klinik 1 Malaysia. Kenapa kita tak gunakan kelebihan yang ada, betul tak?

Apa Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Klinik 1 Malaysia


demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi. Bagi prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka serta buka jahitan pun boleh dilakukan.

Untuk pengetahuan korang, Klinik 1 Malaysia tiada doktor ya, jangan expect ada doktor semua, hehe. Klinik ni dikendalikan oleh Jururawat dan Pembantu Juruwat. Tapi Klinik ni dipantau oleh Jabatan Kesihatan tau, supaya bekalan ubat cukup.

Memang ada yang kata, kalau nak cepat boleh pergi swasta, tapi skrg tidak lagi, swasta pun penuhhhh! so ada sikit tips sebelum nak ke Klinik 1 Malaysia, kalau anak demam, korang jerlum kepala anak dengan air asam jawa, jangan lupa mandikan kerap-kerap. Lepas tu, cepat cepat ke Klinik 1 Malaysia berdekatan untuk buat pemeriksaan dan ambil ubat. Kalau korang tinggal di Wilayah Persekutuan, boleh tengok senarai klinik yang berdekatan.

Aku rasa Klinik 1 Malaysia Wilayah Persekutuan ni sangat bermanfaat untuk kita rakyat marhaen, dan juga rakyat yang miskin bandar, dah dapat ubat, jangan buang buang tau, hehe. Makan dan habiskan, nak nak antibiotik. Lepas ni korang try lah pergi Klinik 1 Malaysia yang berdekatan yer. Walaupun tak ada doktor, tapi pembantu perubatan yang bertugas di sana, semua berpengalaman.

untuk kita yang mampu, mungkin rasa Klinik 1 Malaysia ini tak diperlukan, tapi untuk mereka yang miskin bandar ni, mereka sangat memerlukan. Untuk kita pun, stakat nak cuci luka, nak ambil ubat, pergi je Klinik 1 Malaysia ni, JIMAT! Pergi klinik swasta, habis rm50 - rm80. huhu.

Tips Mencari Rumah Mampu Milik Di Wilayah Persekutuan

$
0
0

Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Rendah Dan Sederhana


Kalau ditanya kepada pasangan suami isteri, apa yang mereka idamkan, mestilah sebuah RUMAH. Bila dah memiliki keluarga, ada anak, lagi seronok bila ada rumah sendiri. Kita sebagai isteri, nak nak dah jadi mak, mesti teringin nak deco-deco juga kan ( aku lah tu ).

Pengalaman aku, aku tinggal di rumah mertua, selama 5 tahun, aku dulu dengan suami jauh, aku kerja di KL, suami kerja di Manjung, Perak. So kami berjauhan dalam masa 3 tahun juga lah. Mcm mana nak tinggal rumah sendiri tanpa suami kan, takut. hahaha. So tinggal lah dulu dengan mertua aku.

Lepas tu rezeki kami, dapat beli rumah di area rumah mertua ni, syukur, rezeki sangat. Mcm tak percaya mampu memiliki rumah sendiri. Lepas bersalinkan anak ke dua, so kami berpindah ke rumah sendiri.

Ada rumah sendiri ni bukan apa tau, kalau ko bayar pun, bayar bulan-bulan rumah ko, bukan rumah orang. Bayangkan, bila menyewa, ko bayar tu rumah orang, aku rasa rugi, dah lah sewa sekarang pun mahal sangat, bayangkan kalau sewa bilik pun rm600 - rm800. kalau sebuah rumah? Dalam Rm1.2k - Rm1.5k tak lari lah.

Tapi jangan pula yang menyewa tu rasa down, tak apa menyewa pun, jika tiada rezeki kan nak beli rumah sendiri. Takpe slow slow pun, TAPI, nak bagitahu ni, untuk penduduk Wilayah Persekutuan, aku nak bagitahu ni, tolonglah jangan lepaskan peluang.

Korang tahu kan pasal RUMAWIP?


RUMAWIP adalah singkatan dari perkataan Rumah Wilayah Persekutuan.

Apa tu Rumah Wilayah Persekutuan? kenapa nama dia Wilayah Persekutuan? ok meh nak cerita, RUMAWIP adalah rumah mampu milik yang MAMPU dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah sehinggalah golongan berpendapatan sederhana yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

Terima kasih kepada DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang melaksanakan konsep RUMAWIP bagi menyelesaikan masalah yang boleh aku katakan besar juga untuk warga kota yang berpendapatan rendah. Bayangkan, kalau gaji suami isteri below 10k, macam mana nak beli rumah, rumah skrg harga 400k - 600k. Dengan inisiatif ini, dapatlah membantu mereka yang berpendapatan rendah, memiliki rumah idaman.

Apakah keunikan RUMAWIP?
RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Apakah ciri-ciri utama RUMAWIP ?
RUMAWIP hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Berapakah bilangan RUMAWIP yang akan dibina?
Dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan.

Apakah kategori rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RUMAWIP?
3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.


RUMAWIP ni adalah rumah yang cukup besar dan selesa bagi aku, yelah, kita ni kalau dapat sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, dah cukup dah, insyaAllah. RUMAWIP juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti dewan, kolam renang, gymnasium, taman permainan, taska, CCTV dan setiap lot akan dapat tempat letak kenderaan sendiri.


Siapa Yang Layak Memohon RUMAWIP?


OK, macam yang aku cerita awal-awal tadi, RUMAWIP kan rumah wilayah persekutuan, so KHAS untuk mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan SAHAJA! Jom tengok syarat-syarat dia di bawah.

Syarat-syarat untuk memohon RUMAWIP


1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
4. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan


Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon RUMAWIP?
Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Siapa yang boleh mendaftar untuk RUMAWIP?
Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan.

Berapakah pendapatan isi rumah yang layak untuk memohon RUMAWIP?
Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.


So, korang, jangan lah lepaskan peluang, korang menetap di WP ke, or berkerja di WP, cepat cepat memohon, jangan fikir tak mampu, mohon je, jangan lepaskan peluang ini, insyaAllah, rezeki akan datang nanti, doa banyak-banyak ok. So, for more info, korang boleh terus ke,

Website : https://rumawip.kwp.gov.my

Persiapan Raya 2018

$
0
0
Ya Ampun, lama nya tak update pasal personal dekat blog, rindunya nak bebel, sejak ada IG stories, memang jarang lah nak update blog, tapi sebenarnya update blog lagi best kan, ada kenangan nak di baca kemudian hari nanti. Harini aku rajin sikit, so nak update sikit lah pasal persiapan Raya kami.

As usual. Kami memang suka last minute, hujung hujung baru cari baju Raya, baru feel. hehe. Tema asalnya aku ajak laki aku cari color #BiruYangLebihMuda, tapi dia tak nak. hahaha. Dia nak Emerald green, tapi asek lah Green kami ni, bosan plak. last last smlm, terjumpa baju Alfi, baju Melayu tapi ala-ala Kurta, cantik ngam sangat Alfi pakai, so amik je baju tu, tema baju kami yang lain, terpaksa lah ikut kaler baju Alfi sudahnya. HAHA

nak tengok color apa? kena tunggu lah pagi Raya. kihkih.

Semalam kan cuti hari wesak, laki aku ckp, jom pergi Sogo nak, cari baju anak. Aku bab jalan ok je, sukooo. lagipun aku dan anak beranak rasa dah sihat dah, alhamdulillah, so best lah jalan, kalau tak sihat, kuasa nak jalan. ini pon mood Raya baru mari, sebelum ni lansung tak ada mood.

FYI, kami anak beranak haritu almost 2minggu jugak sakit, aku asalnya awal-awal memang dah demam, then dah kebah dlm 2 hari je, sokkay lah kan, then punca sakit balik, bila kakak Sophea demam, lepas balik dari Maeps, kami pergi mini zoo, tetiba kakak Sophea spike demam 39 40 39 40, bayangkan, 3 hari demam mmg spike, tak turun-turun suhu dia, kesian gila sampai lembik.

Pergi hospital Ampang, doc kata kakak ok je, padahal mmg lembik kot, hari ke 3 kami pergi Pantai Ampang, rupanya kakak ada Influenza B, so warded lah kakak 4 hari juga. Nak di jadikan cerita, hari Rabu hari mengundi tu, aku terpaksa jaga kakak sebab laki aku nak pergi mengundi. Budak influenza ni, kita tak boleh bawak budak-budak melawat, org tua pon tak digalakkan tau, sebab senang sangat berjangkit. bayangkan, tak sampai 2 jam dalam bilik, adik pulak demam.

Aku masa tu cuma harapkan adik bukan Influenza je, adik pon demam 39 40 tau! sedih gila masa tu, papa jaga kakak kat hospital. Aku jaga adik kat rumah, aku bawak adik pergi Klinik sorg-sorg, bagi makan ubat, jerlum segala, 3 hari juga baru kebah. Lepas je adik kebah, Jumaat malam aku pulak demam, Ah sudah! dah lah mak aku nak pergi umrah. aku makan panadol, antibiotik, semua tak jalan, 2 3 kali pergi hospital, cek darah segala, doc kata darah ok, cuma demam viral.

memang Viral sunggoh lahhhh wei! seminggu tau aku demam, suhu pun 30 40 juga, badan sakit sakit, rasa menyucuk badan aku, berdiri tak boleh, nak pitam, nasib masa tu aku period, so tak payah solat, kalau tak mcm mana kan, nak berdiri pon pitam, akhirnya hari Khamis mcm tu baru demam kebah, itu pun tak boleh berdiri, masa nak masak makanan anak, aku sampai nangis wei, lepas dh boleh solat, memang doa kat Allah, pulangkan lah semula kesihatan aku, aku merayu, tak sanggup rasa. bukan apa, kesian kat anak dengan laki, rumahtangga memang tak terurus. and now Alhamdulilllah, sihat dah, batuk ada lagi, tapi kurang lah. Kakak dengan adik pun sihat, dah selera makan. Nampak dah naik semula badan anak-anak.

Bayangkan korang, aku demam seminggu, 4kg turun, tapi buat apa, lost weight sbb sakit, x lalu makan, siksa rasanya.

settle bayar zakat juga smlm.

Ok lah, berbalik ke kisah semalam, dah melalut dah ni, semalam kami pergi SOGO naik Uber je, sebab laki aku malas drive, nak ke SOGO paham paham lah, jem, parking payah, so naik uber, settle masalah. Kami gerak dari rumah dalam 3.30pm, sampai sogo, terus naik tingkat 4, bahagian kanak-kanak, sebab mmg nak cari baju anak kan.

Amboi, punya lah ramai umat, ramai umat tak kisah lagi komer oi, ibuu xde hal bab mencelah, ibuu dah expert, tapi yang tak tahan, si anak jantan aku, korang tahu tak, aku tak tau kenapa dia excited sangat, tak nak duduk dalam stroller satu hal, tak nak dukung weiiii! Dia punya happy, tak tau nak cakap, myb sbb ramai orang, semua orang dia sengih, ambik baju semua bagi kat papa dia, lari sana sini masuk bawah rak baju, Allahu! menguji nya lah.

Laki aku geleng kepala tengok dia, dah lah baju kat sogo semuanya aku tak perkenan, mahal, tak cantik, pattern lama je semua, and last last laki aku cakap, ok jom keluar je dari sini. HAHAHA. Nanti kita pergi cari berdua je baju dorg, aku pun ok lah, sebab memang pening wei tengok Alfi, siap menjerit jerit bagai. Ampunnnn! si kakak senang je, duduk dalam stroller, settle, kakak memang tak banyak hal, dari dulu lagi.

and then keluar dari SOGO. aku suap dulu dorg makanan, aku bawak siap-siap bubur Alfi, dengan si kakak pon makan bubur, Alfi makan banyak, punya lah seronok makan kat luar sogo ye nak, lain rasanya dari makan kat rumah yerrr. HAHAHA.

Asalnya semalam pergi SOGO nak cari baju jalan je, dengan kasut. tiba-tiba jalan kat depan Mara Digital tu, jumpa baju Alfi, so terus beli lah, baju Alfi Rm49. Cantik gak, cute gila. Then jalan jalan lagi, jumpa baju yang aku perkenan. Rm119 sajaaaa! murah!!! aku pelik kenapa tahun ni banyak kebaya, kebarung, padahal tahun lepas aku dah pakai kebaya, takkan nak pakai lagi kan, laki aku pon bosan dia kata, so aku jumpa baju aku ada lace, ada batu, harga pun murahhhhh! so okay lah.

Baiknyaaa isteri Muhammad Fadhlan, cari baju mur mur je tau! aku kenan 1 baju tu, Rm200, tapi laki aku tak kenan, sbb tangan dia ala lengan saloma, tapi kain net. pastu dok fikir balik, kang tak leh pakai pulak pergi office, sayang je, so tak jadi lah. Aku pergi kerja kan pakai baju kurung, so baik beli baju yang boleh bawak pakai ke office kan.

Lepas tu, jalan depan lagi, dah alang alang ada baju adik, baju aku, cari terus lah baju kakak, dari asalnya nak cari baju jalan, terus cari baju raya. hahahaha. Aku jenis tak cerewet sangat, asal mana cantik, kena harga, aku ok je. Then jalan punya jalan, ada yang perkenan, tp as usual lah, bila nak je, size takde, kaler takde, sampai orang dah tutup kedai nak berbuka, kami jalan lagi. HAHA. beli air je siap-siap.

Then sampai hujung kedai, jumpa baju kakak, sejibik pulak kaler mcm baju adik, yeay! cantik! baju kakak Rm79, tapi dia bagi less Rm70 je, ok lah terus amik, baju budak pun mahal wei, gila betul. Tapi ok lah rm70, dari yang aku usha kat IG, Rm159 Rm199, baju budak je pon, skali pakai je pagi raya tu, haih! membazir!

So settle baju! papa kata baju dia nanti kemudian cari. So baju Alfi Rm49, baju aku Rm119 baju kakak Rm70, murah kan? jalan punya jalan, dengar Azan, berbuka lah kami di tepi lorong-lorong, minum air je, haha. Alfi dah lena tidur dah. Nak pergi kedai, semua penuh wei, so tak pe lah, kami jalan dulu, aku tak lapar sangat pun, dahaga je, skali sedut je air tin aku minum. hahahaha.

Then masuk BATA sebelah A&W tu, saja lah usha kasut, tak de pon rasa nak beli, THEN AKU JUMPA KASUT YANG LAMA DAH AKU NAK TU! yang V cutting! heiii youuuu! nice to meet you! Suka lah aku dengan BATA skrg ni, desing cantik cantik tau! up to date. haha.

Tapi mcm biasa lah, color ada 4, tapi size aku tak dop, ada size aku color GOLD and kelabu je, ko gila nak pakai GOLD, nak pergi mana ko safura oi! hahahaha. Last last aku amik kelabu tu, cantik kan! hehehe. dah lah murah weiiii! Rm59 jeeee. Masa laki aku g bayar, dia terkejut tau. EH murahhhh! hahaahah.

yelah, sebelum ni aku mst beli kasut kat Aldo, Charles and Keith. Mana dapat harga tu wei, semua Rm199 ke atas. haih, tetiba rasa mcm isteri mithali sangat! hahahahahaha.

Then settle bata, laki aku ajak makan, makan kedai INSAF tu je, fav kami nasi briyani dia, sedap. Settle makan, laki aku kata nak cari apa lagi? errmmm x nk lah, nak balik, penat gila rasa, itupun aku pakai sport shoe, kalau pakai wedges, lagi sakit kaki. Balik kami naik LRT, ponnnnn Alfi xnk diam, Allahu, sabar banyak banyak mak kau ni!

but okay lah, kami keluar rumah 3pm, naik Uber, balik naik LRT, mmg pilihan bijak lah, tak stress. hehe. relax je jalan-jalan, laki aku kata, kat mana kita stop, situlah kereta kita, hahahaha. senang.

Dari rumah ke SOGO Rm18, balik naik LRT Rm6 + Uber Rm9. ok lah kan. Lepas ni mmg naik Uber jelah kemana-mana, senang.

Sampai rumah semalam dalam kul 9pm, kakak siap main bunga api lagi, aku settle settle baju, seronoknya tengok baju raya, ingat lagi masa kecik dulu, kami adik beradik macam ni lah, dah nak raya lagi 2minggu baru cari baju raya, pastu semua kena baru, Towel, Baju tidur, Seluar dalam, semua baru. kasut, baju 1st raya, baju jalan, of course lah kan. hahaha. happy gila masa tu, memang tak sabar sgt nak Raya.

Sempena harini 14 Ramadhan, marilah kita TB gambar raya lepas lepas, tahun ni tahun ke dua bersama Alfi, mesti lagi meriah raya kami. tak sabar.

Perisapan korang mcm mana? meh lah cerita!

Resepi Murtabak Kambing Dari Chef Wan Menggunakan Mission Foods & Emborg

$
0
0

#PERFECTTOGETHER RAMADHAN DAN RAYA BERSAMA CHEF WAN


Hai korang, sepanjang Ramadhan ni, mesti buntu kan nak masak juadah or makanan apa untuk berbuka atau sahur, aku ni gitu lah, selalu, aku tanya laki, laki aku tanya aku, last last masak sardin je, lols. Sebab serius buntu nak makan apa. Pergi ke bazar ramadhan pun, menu tak menyelerakan. So masak jelah apa yang ada.

But today! nak bagi korang 1 idea menarik untuk dijadikan salah satu menu berbuka puasa. MUDAH SENANG CEPAT! buat kat rumah je, lagi pun kan, bukan apa, kalau kita masak sendiri ni, kita tahu bahan apa yang kita gunakan, betul tak? tak perlu risau tentang MSG ke apa.

#perfecttogether MISSION FOODS & EMBORG


Sepanjang bulan Mei ni, Mission food and Emborg melancarkan kempen #perfecttogether. Aku rasa kombinasi dua item ni memang sangat perfect, korang tahu tak. aku sangat suka buat thin crust pizza menggunakan Wrap dari Mission Food ni tau, memang best, nak cari cheddar cheese best, beli pulak Emborg! mmg #perfecttogether sangat!

So, sepanjang bulan Ramadhan ni, chef wan akan bagi kita 10 resepi video dan juga akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang akan digabungkan bersama produk Mission Foods dan Emborg. Suka ke tidokkkk? Yelah kan, kita ni bulan bulan puasa ni, masa ada banyak nak godek godek resepi. hihihi. tapi harini aku nak share 1 resepi je kat korang, iaitu MURTABAK KAMBING!

Lain-lain resepi, korang kena pergi cari di Facebook Mission Wrap tau!

Baru-baru ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran kempen #perfecttogether. Para tetamu berpeluang menjadi orang pertama untuk mendalami kempen tersebut dan tidak ketinggalan demonstrasi masakan oleh cef selebriti, Cef Wan sendiri. Antara resipi yang menjadi pilihan ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Cef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. Penonton menjadi saksi makanan yang dibuat menggunakan Mission Foods dan Emborg mudah, berkhasiat dan enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana masyarakat lebih cenderung meminimumkan masa untuk memasak ketika Ramadan.

"Kerjasama #perfectogether dari Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan berkualiti, pelengkap antara satu sama lain. Kepelbagaian produk Mission juga adalah kanvas yang sempurna untuk menghasilkan apa juga jenis resipi Malaysia, dari Naan hinggalah Supersoft Wraps dan kerepek jagung ranggup yang kaya dengan pelbagai perisa. Produk-produk Emborg seperti Cook & Bake, keju Cheddar Topping, mentega dan krim memasak menambahkan lagi keenakan rasa di dalam setiap masakan," kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan.

Chef Wan adalah pengguna setia dua jenama ni tau! kalau dah chef wan pun guna, kenapa tidak kita kan, tak dapat rasa masakan chef wan, kita buat ala-ala chef wan pun jadi lah. hehehe. So, jom ke RESEPI MURTABAK KAMBING.

Agak pelik kan buat murtabak guna wraps, tapi bagi yang suka texture garing diluar, mcm aku, memang akan buat mcm ni, sedap lah, rangup luar lembut di dalam. kalau tak nak garing sangat, boleh adjust lah supaya dapat mengikut selera korang.


Bahan-bahan :

- 4 keping Mission Onion & Chives Wraps
- 125gram Emborg Cheddar Topping
- 4 sudu Emborg Cook & Bake (untuk gorengan)
- 200gram daging kambing yang dicincang
- 1 bawang besar (potong dadu)
- 4 ulas bawang putih (potong dadu)
- 3cm halia (potong halus)
- 4 sudu serbuk kari daging
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu kecil serbuk lada
- 3 sudu minyak sapi
- Daun Coriander (racik halus)
- Daun bawang (potong halus)
- 2 biji (dipukul)
- 2 sudu minyak sayur
- garam dan serbuk lada hitam hitam (secukup rasa)

Cara :

1. Api sedehana masukkan bawang, bawang putih, halia didalam minyak sapi dan minyak sayur.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan garam masala. Masak sehingga naik bau. Masukkan daging kambing yang telah dicincang.
3. Seterusnya masukkan daun coriander, daun bawang dan garam serta lada hitam.
4. Sejukkan di tepi seketika. Seterusnya masukkan telur.
5. Letakkan bahan yang telah dimasak di atas Mission Wraps. Dan taburkan dengan Emborg Cheddar. Lipat/bungkus wrap tersebut menjadi lebih kecil.
6. Bakar wrap yang telah dibungkus di atas kuali yang telah diletakkan Emborg Cook & Bake. Untuk lebih enak bakar sehingga ianya menjadi kekuningan di kedua belah wrap (atas dan bawah).

Nampak sangat menyelerakan kan korangggg! sedapnyaaaa lahai. Tak sabar nak cuba.

Selain dari Murtabak Kambing, ada menu pilihan lain yang korang wajib cuba iaitu piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang
Apa yang aku suka dengan resepi dari Chef wan ni ialah, resepi beliau mesti penuh dengan nutrisi, semuanya seimbang. Protein, karbo, sayuran, mesti ada. Tak payah lah risau lagi kalau badan tak cukup nutrisi ke apa. hehehe.

Bagi aku kolaborasi #perfecttogether antara Emborg dan Mission Foods ni sangat bagus, sebab memudahkan kita, kalau nak makan pizza, ada wraps, tabur pulak cheese emborg, tak payah nak uli-uli tepung untuk buat base pizza. kalau nak makan murtabak, tak payah nak tebar-tebar doh, hahaha. terus ke masuk inti dalam wraps, siap lah! Senang sangat!

Jangan lupa. Jom sama-sama jayakan kempen #perfecttogether antara Emborg dan Mission Foods ni, untuk resepi lain, korang boleh terus pergi ke 


atau IG
Instagram : Chef Wan | Mission Foods | Emborg

dan layari 

Selamat Mencubaaaaa!

Masak Ayam Percik Kuah Putih Air Fryer

$
0
0

Menu Mudah Berbuka Puasa : Resepi Ayam Percik Kuah Putih


Assalam, hai korang! harini nak share dengan korang resepi ayam percik kuah putih. Lahhhhh! senang je rupanyaaaaa. aku ingat susah sangat membuatnya, sebab dekat bazar ke, pasar malam ke, mahal tau harga orang jual ayam percik ni. Masa pergi PARAM haritu, laki aku beli ayam percik ( kuah merah ), rm8 seketul kecik tu. huhu. Kalau 2 ketul Rm16, dapat sekor ayam hoi! haha.

Yelah, maybe mahal sbb dorang bakar kot kan, so amik kira upah bakar tu. hehehe.

Disebabkan harga mahal dan rasa pun tak berapa nak sedap. Aku decide nak buat sendiri, lepas google, lahhhh senang betul! bahan pun Serai, halia, bawang, santan sajor. Senang sangat!!!

Lepas tu. Aku bakar pulak pakai air fryer je, tak payah nak guna arang bagai. hahaha. Memang lah rasa bakar pakai arang lagi sedap, tapi alahhhh, jadi lah tu pakai air fryer, lagi sihat, tak de karbon, ecehhhhh.

ok jom tengok cara buat, xde lah details sgt gambar tau, sbb dah kelam kabut aku masak semalam, nasib sempat settle. haha.

Bahan perap :

Ayam potong 4 ( tapi semalam laki aku potong mcm biasa, aku masak 5 ketul - ayam tu kelar kelar sedikit )
Bawang merah*
Halia*
Garam ( aku tak letak )
- blend bahan yang bertanda *, dan salut pada ayam, biarkan seketika.

Bahan kuah putih :

6 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1 cawan santan pekat* ( aku guna santan kotak KARA campur air sikit )
2 biji buah keras*
sebatang serai*
1/2 keping asam keping
garam
gula
- blend bahan yang bertanda *

Cara cara :
1. Kisar bawang merah dan halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. 
2. Blend bahan untuk kuah putih

3. Dalam kuali, susun serai letak sikit je air, susun ayam yang dah diperap tadi, letak sedikit kuah putih ( yang belum masak ) atas ayam. Tujuan untuk bagi ayam masak sedikit. Tutup kuali, masak dalam masa 5 - 10 minit, nampak isi ayam jadi putih, boleh tutup api. 
4. Masak kuih putih atas api, sentiasa kacau tau, or biarkan api pelan je, risau pecah lemak. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. 
5. Susun ayam dalam air fryer, salut sedikit kuah putih dan bakar 160dc 10minit. 
6. Lepas tu terbalikkan ayam, letak lagi kuah putih dan bakar 180dc 15minit. 
7. Siap bakar, letak balance kuah putih yang dah masak atas ayam.

orang suruuh tumbuk, aku blend je, malas, hahaha. tp tumbuk lg cepat kot, sbb bahan ni x leh buh air, kang berair, tumbuk pon ok.
lupa snap pic dah tuang santan atas ayam, tutup periuk, nampak isi putih je cukup, xyah lama-lama. air tu sikit je letak tau.
excuse periuk hitam, hahahaha. xtau kenapa periuk ikea ni, dah sental pon hitam. grrrrr
dah masak dalam kuali tadi, masuk dalam air fryer pulak, letak kuah putih td. then terbalikkan, letak kuah putih lagi, dan masak lagi skali.
ayam masih juicy, tak kering, sedap sangat, rasa semua ngam ngam je.
ni ayam yang siap bakar, tapi tak salut kuah putih lg, nampak yummy kan! even tak bakar pakai arang pun nampak sedap.

ni final touch, HAHAHA. kuah putih tu TERpekat sikit, sebab aku gatai tambah tepung gamdum, sebenarnya tak payah, sebab kita dah letak buah keras tadi. Lepas ni laki aku kata, biar je cair, mst lagi cantik kuah dgn ayam tu.

Laki aku puji sedappp. wahhh, bangga tau mak masak, dah lah first time masak ayam percik ni, dapat pujian melambung lambung pulak tu, kofkof. Yelah, kalau laki tak puji, siapa lagi nak puji kan.

Senang sangat masak Ayam percik kuah putih ni, korang boleh lah cuba. Harini laki aku suruh buat lagi, huhu, No hal, boleh ajer!

Semalam aku makan, ayam percik + sambal hitam. perghhhh. 2x tambah nasi. untuk anak anak aku buat sup sayur. Start masak 6pm, settle 7pm, siap siap hidang, terus berbuka puasa. penat tapi puas hati, dalam makan masakan sendiri dari beli di PARAM.

Selamat mencuba korang!

Persiapan Raya 2018 Part II

$
0
0
Assalamualaikum, hai korang! TERrajin sikit harini, nak update lagi pasal raya, hehe. Macam mana persiapan raya korang? success ke tak, lols. Aku macam ni lah, tak beriya sangat, ikut mana yang ada, tapi aku rasa kan, next year dah tak boleh macam ni lah, kena buat persiapan awal, mana ada SALE, kena laju laju terjah, beli siap siap, masuk dalam bag terus baju bajan, HAHAHAHAHA. over tak! aku ni, semalam naik pening kepala fikir nak buat apa, tiba tiba blur. apekahhhh!!

Tapi bab mekap mak tak lupa noks, Beg mekap mak 1 Syawal nanti settle doh! hahaha. Haritu aku pergi Guardian Sale, so settle barang makeup, dapat beli Foundation Catrice Rm19 sajor, serius sangat best! SERIUS!

Aku ada beli foundation NRC, aku tak tau kenapa, bila pakai, muka aku bercapok, bila peluh kat hidung, hilang fd kat bahagian hidung, terus jadi badut katako!!! sbb NRC tu texture dia mcm tak kena lah dengan skin aku.huhu.

So solution dia yang the best, aku mix kan foundation NRC dan Foundation Catrice, hasil dia kebabom! color pun trus ngam dengan color skin aku. #akusuka!

Lain-lain yang dalam gambar tu saja dok beli, topup topup, bedak maybelline all in one tu, siap cermin tu Rm10 saja, rugi lah kalau tak beli kan. Korang nak makeup tutorial tak? aku dah lama nak buat, tapi tak menyempat lah. huhu. ok stop bab makeup, jom pergi bab lain.

Barang Young Living pun dah settle collect, boleh bagi dah kat customer di Ipoh nanti. YL dah tak de GST, harga lagi murah tau! best gila! korang nak balik balik Raya ni, nak pergi beraya, sila bawak EO EO yang berkaitan, contoh mana tahu tetiba sakit perut, ada digize, tetiba sakit kepala, demam, ada peppermint, anak mengamuk, ada Lavender. kalau anak selsema batuk banyak minum air ais, sediakan RC + Lemongrass. Jangan lupa semua tu tau! senang!

RUMAH RAYA - bab rumah, tahun ni masih aku biarkan begitu, masih di bentuk yang lama, sofa pun tak de lagi, sebab apa? Alfi masih kecik, kalau beli sofa aku x dapat bayangkan macam mana, ada kerusi yang seketul dua tu pun habis di panjatnya, so biar dulu. Tunggu tahun depan je, bagi dia " cerdik " sikit baru beli sofa.

Hias hias pun tak sangat, tak sempat nak berjalan sana sini cari deco Raya, sebab awal awal puasa haritu tak sihat kan, mood ke laut, 2 minggu puasa aku rugi masa, so kalau datang rumah aku nanti, senyap senyap jelah tau. hahaha. Memang rumah kosong jurrr. lols.

Cuma nanti nak suruh laki aku cat pagar jelah kot, pagar pun tak sempat nak cat lah! hahaha. Nampak tak busy nya, hahaha. harini kalau sempat, nak kemas rumah, lap lap habuk segala, tukar cadar, alih alih perkakasan rumah sikit. Kalau sempat nak buat kuih Raya sikit. #ehh

Bab Baju Raya, haritu baju 1 Syawal dah beli dah, lepas tu misi cari kasut dan baju jalan, aku selalu Raya ke dua dah tak pakai dah baju kurung ke baju melayu, hari ke dua raya pakai baju biasa je, baju jalan. Kuasa lah nak bagi anak berbaju kurung baju melayu lagi 2nd Raya tu, hahaha.

Baju kakak dah banyak, aku dok mencari baju Alfi, alahai, susahnya nak cari baju budak tu. haha. Badan kecik, size sokmo takde, baju cantik cantik cepat lah habis size dia. Ni pon aku beli baju dia kat padini je. Tapi fashion sama jelah. tahun ni tak beli pun kat Poney, sebab mahal sangat rasa. HAHA. Dulu anak sorang boleh lah Poney, segala, anak dua, baju biasa je dah lah yer nak. Janji baju baru. hehe.

Kuih raya, yeay! Alhamdulillah, dapat juga buat kuih raya sendiri, hehe. So far ada 4 jenis. Mama Carey, Semperit Dahlia, aku buat hari sabtu haritu, lepas tu berbuka puasa rumah MIL. Lepas berbuka, cepat cepat makan kuih, dap nyaaaaa mama carey, tapi semperit dahlia 3 bahan tu, pada aku tak berapa best, aku suka resepi aku guna tahun lepas lagi sedap, rasa rangup, melt dalam mulut, dan creamy.

Ingatkan, kalau sempat, nak buat 1 aduanan lagi yang tahun lepas punya resepi.
hari Ahad pulak, sempat buat cornlakes madu, 1 adunan lagi mama carey sebab dah beli acuan LOVE, hahaha. sebelum tu acuan DIY, ntah hape-hape rupanya. Lepas tu aku buat Malatops Crispy, hahaha. Tapi tak berapa nak jadi, lols. malatops crispy original kan, korang pegang je pun dah lembut, masuk mulut apetah lagi, memang sedap. tapi resepi dia sangat rahsia, sampai harini tak tahu apa bahan dia, nanti lah nak RnD lagi.

Lepas settle kuih raya, siap-siap ke Parkson my Town, ramai komen kat FB aku, kat parkson baju cantik-cantik, so laju-laju ke parkson. memang lawa lah baju dia, takde lah sama je pattern belang belang. ini ada lah juga corak yang cute-cute. hehe.

Walaupun harga Tshirt je sehelai Rm36, tapi ok lah, kain elok, tebal dan sejuk.sempat beli kat Alfi 2 helai, kakak selai sebab nak matchy-matchy dengan adik. Baju tidur adik dua pasang, seluar Polo dan baju pakai kat rumah, ok lah tu. Cukup lah untuk 5 hari, nanti kita pergi top up topup lagi kalau perlu.

Baju budak ni bukan apa, nak beli banyak-banyak, kang dah tak muat pakai, nak nak si Kakak, cepat tinggi wei, kasut pun cepat je tak muat.

Ingat kan nak cari kasut skali, tapi takde yang anak anak suka, now kena ikut selera anak anak yer uols, anak dara aku tu, kena ikut selera dia, semalam pergi hnm, kasut dia nak takde size, last last pergi down town je, dia nampak kasut tu, terus dia nak, ngam ada size dia sepasang. Trus tak nak yang lain. grrrrrrrrrrrrrrrr. ok lah kakak. settle lah bab kasut awak.

then dia nak sandle NEMO, so beli lah juga, so cute sandal nemo. hehe. Ni nak cari kasut adik ni, ya Ampunnnn, adikkkk! kaki kecik, size 23, mana nak cari ni dik, semua kasut size start from 24, geram je aku rasa. haha.

harini nak kemas bag dah, nak letak baju baju semua dalam bag, songkok segala kena masukkan cepat-cepat, karang dok lupa, apa pun tak dapat. Aku dah buat list siap-siap, risau lupa. mana dok ingat barang nak bawak, cepat cepat letak tepi, nanti takde lah tertinggal.

Ok lah, itu jer nak update kot. nanti tunggu aku cerita bab 1 syawal pulak yer.

Sebelum tu, untuk semua readers blog safurara.com, aku ingin menyusun 10 jari, memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang berbicara. Raya jemput datang rumah tau! hehehe.

kakak gerak lu, pape roger!!!

WUJUD lagi ke blog safurara.com tu?

$
0
0
Assalamualaikum, Allahuakbar, lama sangat aku meninggalkan blog, bukan meninggalkan, ada je menaip, tapi semua sekerat jalan. HAHAHA. taip taip taip, tinggal. Banyak idea, banyak yang aku nak SHARE dengan korang, tapi entah kenapa, sibuk lah hai dengan benda lain, nak menaip tu, rasa macam tak sempat-sempat masa ni, nasib lah stat masih ok, ada jugak org masuk blog ni cari info. kalau tak, memang kelaut lah blog aku, bayar saja buta buta domain rm45 setahun. haha.

Ini buktinya, saya ada tau nak post sesuatu, tapi semuanya sekerat jalan. hahahaha. grrrrrrrrrrrrrr. Sabar jelah. padahal ramai yang kenal aku dengan blog kot.

Ok lah ok lah, harini kita menaip lah sikit. tapi nak cerita apa eh? hahahaha. OK cerita pasal life aku lah. ok x?

Life aku seperti biasa, aku masih seorang SAFURA yang korang kenal dulu, tak kenal mcm sombong, dah kenal terlebih ramah, BUT now aku lebih berhati-hati dalam berkawan, sbbnya, yelah kan, tak semestinya org yang kenal kita dah lama, akan baik dengan kita selamanya, ada yang slow slow menjauhkan diri dari kita, i dont know why, but dari kecewa, baik kita baik biasa-biasa je.

jangan membawang banyak sangat pasal orang, banyak membawang TENTANG DIRI sendiri. Cermin diri, baiki diri sendiri. lihat kehidupan orang lain, amik yang baik baik untuk di jadikan contoh.

Life aku dari sehari ke sehari bertambah baik, nak nak dikelilingi orang yang positif, walaupun dugaan datang bersilih ganti, hanya aku dan suami aku jer yang tahu. Kami jer yang selalu bersama berdua. Dia ada untuk aku, aku ada untuk dia. walaupun kdg-kdg bercakaran, tapi aku tak sanggup hilang suami nan satu itu. hehe.

Anak-anak makin membesar, kakak dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Alfi nak masuk 2 tahun, cepat sangat anak membesar, tiap malam aku akan cium dorang, aku doa supaya aku dapat beri yang terbaik buat anak-anak dan suami. Aku kdg-kdg tak sanggup nak tengok anak yang membesar cepat sangat, tapi nak buat macam mana, this is life, nak tak nak, kami kena besarkan mereka dengan baik dan BERKUALITI.

buat masa ni kalau org tanya pasal anak, aku akan cakap, cukup lah 2 orang ( sepasang ni ). cukuplah kami besarkan mereka dengan kehidupan yang berkualiti. Susah senang kami bersama.

cerita tentang kerja, aku masih berkerja, dan masih jadi baker, dan kini aku banyak jual essential oil, dah jadi lifestyle aku dah pun. Blogging, review, masih juga aku ambil, tapi tak aktif sangat mcm dulu, mana yang berbaloi, aku ambil. mana yang tak, ermm x pelah. bukan berlagak, tapi aku tak cukup masa, kahkah.

baking is my passion. my hobby, kalau baking, aku tak penat, aku suka, hilang penat tengok kek cantik cantik, serius! sebab tu korang kena ada minat. Dulu aku cuba untuk jual makeup, laki aku suruh aku jadi MUA, tapi benda yang melibatkan manusia ni, aku takut. hahaha. kalau jual kek senang, ko nak kek apa, NAHHHH ambik! hahahaha settle.

Young Living juga dunia aku, banyak mengubah hidup aku, YL banyak mengajar aku tentang ILMU, tentang gali ilmu, aku jadi rajin membaca, tambah ilmu sebab nak guna untuk diri sendiri dan share dgn kawan-kawan. Seronok dengan YL sbb yer lah, dia bagi aku semangat, aku suka benda yang wangi wangi. So YL juga now is sebahagian dari hidup aku

Apa yang aku fokus skrg dalam hidup is.
Family
baking
Young Living
Dunia dan Akhirat
Dunia sementara je, aku selalu ingat tu, apa yang nak dikejarkan sangat di dunia ni, kalau bukan sama-sama cari bekalan untuk ke " sana " kelak.

Semoga kehidupan kita sama-sama diberkati Allah. Amin.

nanti kita sambung borak lagi ok. bye

HALALKAH Supplement Anda?

$
0
0
Di Malaysia, bab Halal dan Haram sangat sensitive, if kita makan sayur saja pun orang akan tanya, halal tak? Haha. Actually bagus lah bila kita alert bab halal dan haram. Takkan nak main hentam saja apa benda yang kita makan, betul tak? Kena always check, mana yang halal mana yang tidak, bila rasa was was, terus tinggalkan.

Sejak tahun 2009, rakyat sekarang makin demand, tak kira muslim or non-muslim, semua nak yang terbaik dalam supplement dan mahukan yang high-quality.

Berbalik kepada cerita supplement, aku adalah manusia yang kena makan supplement, sebabnya korang pun tahu kan, selain kerja hakiki, aku dengan part time blogger, bakers, dan jual juga banyak item lain. So kalau aku tak ambil supplement, memang aku akan lemau, cepat penat.

Ada juga yang kata, kenapa nak makan supplement? Tak cukup ke makan makanan biasa je. Bukan tak cukup, tapi periksa balik, apa yang kita makan tu, berkhasiat tak? Cukup tak semua nutrient? Hahhhh, so kalau rasa-rasa tak complete nutrient tu, kita ambil lah apa-apa supplement yang perlu untuk badan.

Ni stok untuk bulan ni, aku tidak lah stick pada 1 product, aku ikut suka je nak beli yang mana, kalau pergi farmasi, mesti lama aku belek belek product supplement. Haha.

Macam mana nak tahu supplement Halal atau Tak Halal?

Sejak bila timbul isu halal haram ni? Isu halal haram timbul sejak kes gelatin yang digunakan untuk soft gel capsule ( ada yg guna gelatin tak halal, takyah sebut lah kan, korang mesti tahu ). Sebab tu utk soft gel capsule, korang kena cari yang vegetable, ataupun dari ikan/ayam/lembu. Kena check betul-betul. Aku selalu kalau beli, mst cari yang vege caps. Paling selamat.

Lagi 1 tips penting untuk pilih supplement, pilihlah yang dah ada nama, maksud yang ada nama tu yang TRUSTED BRAND. Selalunya trusted brand ni dia dah kaji dah semua benda, contoh mcm supplement aku beli ni, CCM Duopharma. CCM adalah antara partner of halal pharma products globally.

Contoh supplement CCM mcm yang aku beli ni lah.

Multivitamin untuk aku dan suami, yang ni breasfeed mom boleh makan juga.

Vitamin C, mcm biasa untuk anak-anak, CHAMPS siapa tak kenal, memang popular dah kan. Hehe


Uphamol untuk masa-masa emergency, kita standby je. 


Dan eye glo utk kalau tetiba mata sakit. Aku suka pakai ni!


Sedikit Info Tentang CCM Duopharma

Actually, In CCM Duopharma, halal pharmaceutical products are achieved through a high standard cleanliness, safe and goes through a stringent halal processes and certifications that are compliant with Ministry of Health, and Malaysian Halal Certification JAKIM.

Being a regionally recognized organization, CCM Duopharma ensures that its products carries health benefits and, are made of natural, pure and safe for consumption.

Halal certified products benefits both Muslims and non-Muslims alike!


So bila dah tahu Halal dan haramnya, baru lah selesa dan boleh makan tanpa was-was, betul tak?

Aku suka kalau satu benda tu, kita confirm kan betul-betul, then tak perlu nak fikir boleh makan ke tak, sebab supplement ni bukan lah murah juga harganya.

CCM Duopharma ni pada aku, dia antara brands yang bagus sebab dia sendiri create awareness pasal Halal Product ni, dia sendiri mahukan setiap product dia ada HALAL cert dan mahukan cetiap consumers dapat quality life gituuuu.

Korang boleh tengok website dia di

www.myh4p.com


Vit C dan Multivitamin antara yang perlu ambil hari-hari.

Macam aku, selepas breakfast, dah boleh dah makan supplement. Kalau tak makan, mau lemah-lemah badan. Hehe.

So untuk korang consume atau tidak sesuatu suppliment tu terpulanglah kan, aku Cuma nak sampai kan info pasal Halal Supplement ni, hehe. Selamat membuat pilihan yer kawan-kawan. Apa-apa pun, jangan berlebihan tau, biar berpada-pada.

Ok bai!

Punca Jeragat Di Umur 30an

$
0
0

Cara Merawat Jeragat


Tahu tak jeragat tu mcm mana? alaaaa yang bintik bintik coklat kehitam-hitaman kat pipi tu, tepi tepi hidung tu, itulah jeragat, apa punca JERAGAT?
Punca jeragat ni, BILA KO MALAS PAKAI SUNBLOCK! muka terdedah pada sinar UVA dan UVB. Dari mana sinar sinar ni? dari matahari direct, dari cahaya komputer, malah cahaya smart phone korang, bayangkan berapa lama muka terdedah pada cahaya-cahaya ni?

THAT WHY! duduk rumah pun WAJIB pakai sunblock tau! jangan cakap kat rumah, duduk rumah tak perlu pakai apa-apa pelindung sebab tak kena cahaya mahatari.

SILA UBAH!

Aku pun dulu sama macam korang, kalau yang malas-malas pakai sunblock tu, sbb rasa mcm, elehhhhh tak payah pakai lah, tak kena matahari pun, TAPI salah yer, sebab tu dah masuk 30an ni, mula lah nampak jeragat naik. aku lucky sikit sbb kulit gelap, so jeragat tak banyak sangat, kalau korang kulit cerah, lagi lah risiko tinggi untuk jeragat.
BILA DAH ADA JERAGAT, nak buat apa??? Jangan pulak nangis meraung-raung, sebab tak guna dah, moh cari jalan untuk hilangkan atau pudarkan Jeragat ni.

banyak je product di pasaran, tapi kena tengok ingredients, bahaya tak untuk skin, dia pakai bahan apa. Kena tengok semua tu, ada kelulusan KKM tak. Bahaya skrg ni, product timbang kilo banyak!

Buat masa ni, aku just pakai FACIAL VALET.

Apa tu FACIAL VALET? Facial valet adalah product yang KHAS untuk masalah JERAGAT. Tak payah pakai banyak, just ROLL-ON je di tempat atau kawasan yang ada jeragat. Masa pakai, jangan plak nak feefeeling bau wangi, TAK YE, bau dia agak busuk sikit. Yelah, nak merawat kan, xde nk wangi-wangi. hehe.

Jeragat mempunyai 3 jenis :

- Jeragat bertompok

- Jeragat berbintik

- Jeragat hyperpigmentation

Punca jeragat

- Sinar matahari

- Ubat-ubatan

- Hormon

- Keturunan

- Guna produk yg ada bahan terlarang

OK, selain dari sinar UV, ada juga sebab sebab lain yang menyebabkan jeragat ni, cek balik punca jeragat kat atas ni. Beza kita, sama-ada teruk atau tidak je jeragat ni. Aku sejak umur 25 aku perasan dah ada jeragat, sebab memang AKU MALAS pakai sun block! huhu.


Apa Kandungan Facial Valet ni?

✔ Extract Hibiscus (bunga raya)

✔ Aha advanced

memang bila pakai, bau dia mcm bunga raya kena lenyek tu, mmg busuk sikit. hahaha. Apa tu AHA advance? AHA tu ialah natural acid, natural asid ni natural yang korang boleh dapat dari buah buahan citrus seperti lemon. AHA advance ni boleh mencerahkan kulit tau. Tapi Facial Valet ni khas utk jeragat je, jangan pulak pakai satu muka tau.

Lagi 1 yang aku suka tentang Facial Valet ni, dia datang dalam bentuk roller, so senang tau, roll je kat tempat yang affected.


Cara pakai Facial Valet Dark Spot Roller Serum


Pakai 3 kali seminggu, berselang-selang. CONTOH : isnin - rabu - jumaat. Sebab ni untuk rawatan tau, jangan pakai hari-hari.

Pakai pada WAKTU MALAM SAHAJA! ingat!

Roll saja di tempat yang ingin di rawat, settle!

Dia jenis cecair mcm ni je, bila pakai, terus meresap di wajah, tak melekit ke apa, jangan risau.

KELEBIHAN FACIAL VALET ROLL-ON


: Mudah di bawa kemana sahaja sebab kecil dan jenis roll.

: Hanya pakai 3 kali seminggu

: Pakai pada waktu malam sahaja

: Hanya perlu Roll-on sahaja pada permukaan jeragat

: Menggunakan bahan semulajadi

: Kesan seawal 14 hari ( dengan penggunaan yg konsisten )

: Molukel bersaiz nano membantu penyerapan hingga ke lapisan kulit-3

: Testur serum yg sgt ringan & mudah menyerap

Testimoni lain

Korang try lah cuba tau! Aku pun baru je pakai ni, sbb ada jeragat kat muka ni, tak de lah banyak, tapi tak sedap mata memandang. Baca review pun, ramai kata jeragat makin pudar, best best! hehe.

more info, boleh baca di website, IG dan FB Facial Valet tau!

FACEBOOK : FACIAL VALET 


WEBSITE : FACIALVALET.COM

GOJES FunDay Vol.3 Janda Baik

$
0
0
Aku baru perasan last year punya family day aku tak update blog. setahun dok peram dalam draft, grrrrrrrrrr.












Gojes Family Day Vol.4 at Cyberview Resort And Spa Cyberjaya

$
0
0

Review Cyberview Resort And Spa


Hai hai, nak update cerita family day Gojes ni, tompang laluuuuuuu. hahaha. Ramai yang tanya, GOJES tu apa? hahaha. Gojes atau nama panjangnya Gojes Blogger Supermom and Baby, terdiri dari mak mak blogger, yang dulu nya aktif, hari-hari update blog, sehari 5 entry, sampai sekarang, sebulan skali belum tentu ada entry, merujuk kepada aku lah tu, dan mak mak lain yang dulunya beli cekedis pun update blog, anak tumbuh gigi pun update blog, sampai ke skrg, password pun lupa. HAHA.

Tapi tak KIRA! tittle blogger tetap mahu! hahaha. Aku join Gojes tahun 2012, lepas beranakkan kakak Sophea, dari situ dok kenal kenal blogger ni dari alam maya ke dunia nyata, gituhhhh! Asalnya komen-komen kat blog je, lepas tu di FB, trus rapat.

Tahun ni tahun ke 4 family day gojes, tiap tahun muka aku mesti ada, hehe. Walaupun pelbagai rintangan, finally we made it!

Tahun ni seramai 33 orang family yang join, SERONOK dan meriah gilaaaaaaa!!! biasa lah kan, lepas family day, seminggu belum tentu move on lagi, beribu notification kat wasap. bertabahlah.

Tahun ni kami buat di Cyberview Resort and Spa, hotel 5 bintang ok! ko jangan main-main, dengar je nama blogger, trus dapat special rate. kahkah!

Kali ni buat dalam KL je, tu sebab ramai yang join, kami main kutu dari tahun lepas, rm30 sebulan. sebelum ni takde main kutu pun, lepas post mortem dari fam day vol.3, trus buat kutu, senanglah kan, time nak family day, takde lah nak bayar hotel ke benda benda lain segedebuk.

Review Cyberview Resort and Spa ni aku tak dibayar pun tau, ni saja je review sebab Hotel ni BEST GILA! serius, kena dengan harga lah kan! Environment dia, tak rasa mcm kita masih dalam KL. Suasana hutan, sejuk, nyaman je. Masuk je dalam resort ni, terpukau aku sebab sangat cantik.

Kawasan hotel ala-ala oversea, hehehe. Masuk je bilik. lagi lah teruja! CANTIK! nak kata besar sangat tu tak lah, tapi aku suka sebab semuanya tersusun dan kemas, PALING TAK BOLEH MOVE ON is TILAM DAN BANTAL dia.

HOI sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. laki aku sampai harini tak boleh move on. sampai bukak Agoda, nak repeat lepak sini hujung minggu. Siapa yang nak cari Hotel Untuk Rehat Rehat dalam kawasan KL, aku suggest hotel ni. Breakfast pun best, mcm mcm makanan ada. Puas hati.

bilik kami ada 1 katil Queen, 1 Single, single tu kakak sophea tidur, kemahen dia suka dapat tidur sendiri, tak kena sepak dengan adik. haha. dekat rumah tak nak tidur katil sendiri pongggg.

masuk je pintu, ada almari, singki tempat makeup, ada cermin besar, complete ada iron, iron board semua, tak payah sibuk sibuk nak bawa iron yer.

Bilik kami ada bath tub, sempat lah aku berendam kejap petang tu, lepas tu anak anak conquer, aku nak masuk, kakak Sophea kata, alaaaa ibu tak payah lah, biar kakak dengan adik je, grrrrrrrrrrrr.

ini kawasan menuju ke pool, pool dia ada banyak section dan sangat besar, kawasan resort ni pun besar tau, kalau korang nak tahu banyak lagi pasal Cyberview Resort and Spa ni, boleh like FB Page dia, Cyberview Resort And Spa.

Lepas Check-in, dalam kul 4pm, letak letak bag, kami turun ke pool, kat sana geng-geng dah tunggu, 4.30pm mula pot luck. Kali ni aku masak aglio olio, sekejapan je lesap! si Diana kata 3x dia tambah, sedap yer nakkkk. hahaha.

Antara yang terawal sesi pot luck, lepas tu dah tak snap pic dah, semua dah lari ke kolam tengok anak. Amponkan mak yang muka besar talam dah. tgh diet ni. HAHAHA.

Antara menu yang hado! banyak lagi sebenarnya, tapi x sempat nak snap.

Kolam dia ada banyak section tau, ada yang cetek untuk anak-anak, yang sebelah sinun dalam untuk apak-apak, tapi semua apak kena mandi skali dengan anak, mak mak kau nk makan sambil hiris bawang! hahaha.

tapi aku bukan hiris bawang, aku kena potong jambu, dorg ni bawak jambu, tapi tak potong, bila aku potong, teruja pulak, siap buat tutorial tau. HAHAHA. Dorang tak tahu dulu mak aku meniaga rojak, takat potong jambu, sap sap soi je aku! hahaha.

Belah malam sambung lagi, actually kan, tak puas tau duduk bilik, sebab kejap-kejap je duk bilik, lain-lain semua aktiviti luar, so lepas ni kena buat 3hari 2malam, so lama sikit melepak kat bilik menikmati tilam dan bantal best tu. lols.

Aktiviti malam dimulakan dengan sambutan happy birthday anak anak lahir September. Then terus sesi tukar-tukar hadiah dan lucky draw.

Tukar-tukar hadiah sesi paling best, dari dalam wasap dah kecoh, masing-masing tak tahu nak bagi apa. Hadiah value rm20 ke atas. tapi dak dak gojes kaya raya, bagi hadiah masing masing hebat-hebat, hadiah pulak mcm tahu tahu je nak ke Tuan dia, kena je hadiah dengan tuan. Paling Win kak Leenda lah, siap dapat KIPAS, dia punya happy mcm menang motor, di junjung-junjung kipas tu HAHAHA.

6 kek skali gus! haha.


Acara Game Family Day


Hari Ahad dimulakan dengan acara breakfast beramai-ramai, breakfast sini best tau! mcm mcm makanan ada, cuma mampu dengan tak mampu je nak makan. Anak-anak asalnya tak nak bangun, yelahhh, sedap kan tidur. hehe. tapi paksa! bangun anak bangun! hahaha.

Tahun ni tema kami HIJAU! meriah uols. Tema Hutan sangat. hahaha.

Alfi, pagi pagi dah cheeky! haha

Team Mak Minyak
team goodies
lepas breakfast, semua ke court, lagi 1 yang best nya Cyberview ni, dia bagi je kita main dalam court ni, tak payah bayar, siap ada guard jaga lagi, bila dalam court, takde lah nak risau anak-anak terlepas, semua terkawal.

Acara mcm biasa, di mulakan dengan warming up, lagu Syantik lagi. HAHA. tu si umie tu paling over joget. HAHA. Sampai 2x kooo pasang lagu Syantik. haha. Semua lepas gian ke mcm mana ni.

lepas warming up, acara games pun di mulakan, semua kategori ada, dari anak, mak, apak, baby, semua hado lah! Hadiah pun melambak-lambak, apa lagi, happy lah anak-anak.

ko tengok lah kelam kabut ke tak suasana, kelam kabut dan sangat FUN.

Gambar-gambar ni semua dr photographer, hebat ke tidokkkk! siap hire photographer lagi. HAHA. Itu yang jadi pic berdialog-dialog tu, siap lah kena bahan semuanya. haha.

paling excited skali. hahaha. tu nampak tu, mami leenda dah bg amamat siap-siap, ko jgn main main.

kesayangan!

pertandigan azan, hahahahahaha. tak lah, ni game BOOM, ko tgk lah ramai pengacau kat luar, sampai kena tekup telinga.

game apak-apak mcm biasa, pijak belon. haha. 

Semangat kakak main games, semua games dia masuk. hehe.

TQSM buat suami cikkin, cikgu Zul! sebab sediakan peralatan sukan! terbaek ah cikgu!!! Tahun depan cikgu jadi MC yer! hehehe

Game Radio Karat. semua main tipu! HAHAHAHA.

sampai ke game baby pun ada tau!

ni anak sapa ni apak dia paksa sumbat cekelat dlm baju. haha
Macam biasa, tikar ajaib wajib ada, tapi tahun ni aku tak masuk, bagi lah org lain pulak. 

game straw love, 18sx, HAHAHAHAHA. 

mana muncung waaaaaa...

buat muncung mcm Rina ni hah.

11.30am settle semua acara, penat gelak, sampai sakit rahang. HAHA. Sepatutnya sesi bergambar awal skali, ni last baru buat, sbb photong dtg lambat, but sokkay dik, pic awak cantik cantik!

See! 33 ahli keluarga, memang havoc! best gila, kita jumpa tahun depan pulak ok! ehhh, ke kita kena buat mini gathering ni, mana lah tahu susah nk move on kan! hahaha.

paling semenggah skali gambar, haih! gemoknya safura, 65kg weiiii! Sila diet!

TQ kak yana utk hadiah tukar-tukar, suka sangat hadiah ni! selesa betul bantalnya!!! kenapa x bagi 2, hahaha.

Atas tu bag gudis mak mak, semua sponsor, TQQQ korang! Hadiah sophea pun banyak. seronok budak tu. tahun depan jumpa lagi ok, dah boleh start main kutu dah ni. haha.

Rombongan ke Farm In The City Petting Zoo

$
0
0

Tempat Menarik Untuk Anak-anak


Waktu cuti panjang, cuti sekolah, tak tahu nak bawa anak ke mana, aku ada idea untuk korang, Tempat yang best untuk dikunjungi waktu cuti sekolah, FARM IN THE CITY!!!

Tempat ni bagi aku paling best untuk bawa anak-anak selain zoo, sebab tempat dia redup, tak besar sangat, sesuai untuk anak-anak yang suka explore mcm anak aku, anak-anak aku jenis suka explore, suka pegang pegang binatang, so tempat ni paling sesuai!

Kat sini suasana ala-ala ladang di kampung, kita kan kampung dah tak macam kampung, so bawa lah anak-anak datang sini, supaya anak-anak dapat rasa suasana kampung macam kita kecik-kecik dulu. Kat sini boleh pegang binatang, boleh bagi makan, boleh kejar-kejar. HAHA.

Lepas balik dari Family Day, esoknya kami ramai-ramai buat rombongan cik Kiah ke Farm In The City pula. Seronok sebernarnya pergi ramai-ramai ni, tengok keletah anak-anak.

Si kakak Sophea dengan Hannah tu asek berkepit jelah.

Ini kali kedua aku bawa kakak Sophea datang sini. Pertama kali dulu tahun 2015, masa baru buka. syiok betul jadi blogger ni. hehe. boleh baca entry ni,

FARM IN THE CITY 2015
FARM IN THE CITY 2015 partii


tepihhh tepihhh, makcik blogger nak lalu. hehe. kami masuk as tiket blogger, syiok jeee, hari yang kami pergi tu, ramainya lahai manusia, yelah sebab cuti panjang kan. Tapi rezeki kami, masuk ikut tepi je, hehe. Jangan tanya pulak mcm mana nk jadi blogger kat aku. HAHA.

Kalau korang masuk, korang akan diberi gelang, so nanti pakai lah gelang tu. Makanan korang boleh beli di pintu masuk, dia akan bagi 1 baldi, ada mix makanan binatang dalam tu. 1 baldi kecil makanan tu rm10 tak silap aku.

Masuk je pintu, kura-kura gergasi ni dah menanti korang, di Turtle & Tortoise Farm dorg akan bagi lah kankung sorg satu dekat anak-anak, kura-kura tu pun sampai dah tak larat nak makan kankung, ramai sangat bagi dia makan, sampai terdampar kekenyangan. HAHA.

Dekat tepi-tepi akan ada lah kolam-kolam yang ada banyak kura-kura, aku tak sempat nak snap picture sebab orang ramai sangat, nampak kaki orang je. HAHA.

Next ke Reptile Cavern pulak. Aku tak snap picture kat sini, ni kredit tu FITC website, sebab aku geli, ular besar gila! Ada buaya segala. adududududu. GELI!!!! anak-anak suka lah wei!


Eh, kalau korang bawa stroller kat sini, jangan risau tau, sebab ada laluan untuk stroller.

Then terus ke sangkar burung, Bird Aviary. Kat sini anak-anak seronok lah, boleh pegang burung, tengok itik. Tapi sebab ramai sangat, so tak boleh lama-lama. Sobs.

Kambing lalu kat sebelah je, sempat kakak bergambar dengan kambing. HAHA.

Next masuk ke Savannah pulak, kat sini kambing dorang lepaskan mcm tu je, so boleh lah main kejar-kejar. haha. Bagi makan ke, semua boleh. Kambing kat sini semua peramah. haha. Selain kambing, ada juga Rusa dan Alpaca, binatang bijak.

OK ada sedikit dialog untuk Mama Anez, hahaha.

Bergambar di depan sangkar Dusky Wallaby, korang tahu tak, bergaduh-gaduh lah si kakak sophea, hannah dengan si mama anez, budak-budak ni kata kangaroo, tp si anez kata bukan. Udahhh bergaduh depan tu. hahaha.

lepas di google, betullah si Dusky Wallaby ni spesis kangarooo. LOLS. bijak anak-anak kita. hehehe.

depan sikit dr kandang wallaby ni, ada fruits ang vegetable farm, tapi kami tak singgah, dah hujan masa tu, so teruskan je perjalanan, masuk ke Pet Village.

Pet Village ni ada rabbit dan guinea pig. tapi sebab hujan, semua dalam kandang je, dorg tak lepaskan. So kami tak masuk dalam tu, sobs, sempat lah budak-budak ni nak kaut ikan, tapi tak leh lama, hujan makin lebat.

Lepas tu terus ke Mood Lake untuk tengok Swan. Skali lagi anez teruja tengok swan, aku dan mimi just senyum senyum memandang sesama sendiri. kahkah. takpelah, kasi chance lah anez teruja. Tapi swan tu memang cantik! besar dan putih. Anak-anak pun teruja tengok.

kat sini korg boleh feeding ikan koi tau, ada banyak gila ikan, tepi Lake ada mesin jual makanan ikan, jangan risau, sediakan duit sajorr.

Hujan makin lebat, so ramai-ramai lepak bawah kawasan berbumbung dulu, sebelum nak ke next station Jungle Walk, selfie dulu, membawang dulu, sampai anak bosan, jom gerak balik. HAHA.

Dekat jungle walk ni best juga, ada banyak binatang boleh pegang2, ada marmoset. bulu lebat! tapi busuk! haha. Ada juga peacock, Himalayan striped squirrel. So masa hujan tu, bawak lah anak-anak tengok semua binatang tu, xde lah bosan.

see, budak yang lansung tak takut, kalau ibuu, jangan harap lah hoi nak pegang semua binatang ni! SORRY!!!! tapi kakak sophea, mana takut, semua nak pegang, ular, iguana, grrrrrr, good job kakak! HAHA.

Reda hujan, moh lah kita balik, asalnya nak naik Pony, tp masih renyai, so pony tak keluar. tengok jelah dari jauh.

kesayangan sangat 2 ketul ni.
Cerita pasal poney paling kelakar! ko tahu tak si papa sophea mengajing dia, Kat TV kan sibuk anak-anak dengan cerita My Little Pony tu, ehhhhh si papa boleh cakap apa tau,

" kakak, awak tengok pony tu, itu lah pony yang sebenar, mana ada color-color, mcm tu lah rupa sebenar dia, TV tu tipu kakak je " hahaha papa dia gelak.

skali, bila kakak tengok pony, terkulat-kulat muka anak tu, nak memahamkan kenapa pony dalam kandang ni buruk. HAHAHA. kesian anak aku. Jahat gila papa.

Sedarlah wahai anak, yang di dalam TV, semua dusta belaka. hahaha.

Last but not least! bergambar dengan geng, ni sikit je yang ada ni. Lain semua ntah kemana-mana dah. haha.

So korang yang nak datang sini, meh lah, pastikan cuaca cantik tau! mesti best!


Normal Rate : Adult RM55.00 Child RM45.00
MYKAD Rate : Adult RM37.00 Child RM30.00
*Child denotes below 11y/o*Child 90cm below FOC

Farm In The City,
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 43300
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Kek Unicorn Untuk Kakak Sophea

$
0
0

Buat Sendiri Kek Birthday Anak


Harini nak cerita lah tentang birthday kakak haritu, kakak Sophea dah 6 year, kejap je masa berlalu, tahun depan dan darjah 1 dah kakak. Alhamdulillah, membesar dengan sihat, bijak, cantik. Bab bercakap, jangan sembang lah, macam orang tua wei! mcm mana aku borak dengan kawan-kawan, mcm tu lah dia tiru aku.

Budak yang happy go lucky, mudah mesra ( bila dah panas enjin ), budak manja, budak yang suka benda cantik, kemas, tersusun rapi. Barang-barang dia, selalunya dia akan susun elok elok, tak kira lah kat mana-mana pun, tepi tangga pun jadi di susun barang mainan dia.

Itulah, ingat nya nak beli rak 1 untuk dia letak all barang mainan kesayangan dia. Dia skrg tgh gila kan pony, My Little Pony, semua pon dia tahu. Haritu masa sambut kat sekolah, aku buat rainbow cak dengan My Little Pony. Seronok sangat dia!

Aku ni semua pun nak buat sendiri, kek semua rasa tak sanggup nak beli. Sebab rasa ralat kalau beli, sbb aku rasa aku boleh buat. kahkah!

Ini lah cake yang aku buat untuk kakak. biasa-biasa je, dalam dia rainbow cake, butter cream, atas top dengan mainan je, settle! hehe.

Aku rasa kelebihan aku bila semua benda ni aku ada, so aku boleh lah reka kek ikut mana pon, kalau korang yang bukan bakers, nak buat kek ni maybe makan modal, sebab semua pun kena beli, untuk buat rainbow cake, kurang-kurang korang kena ada 3 loyang, kalau tak jenuh nak tunggu cake bakar selapis-selapis.

Patung poney ni kak Yana belikan, TQ kak! aku dok cari merata, Tak jumpa-jumpa, geram betul. Ini kak yana beli kat area rumah dia. Sophea suka sangat! Sbb semua rakan Pony dia ada, aku nak menyebut namanya tak ingat. haha.

Tahun ni 3x kakak potong kek, on that day 7 Sept dekat sekolah dia, Lepas tu masa family day gojes, potong kek beramai-ramai, then rumah opah. Kemahen lagi anak dara tu.

untuk goodies, aku buat kek coklat moist je, buh dlm bag kertas, lepas tu staple tag " Puteri Imann Sophea Turn 6 ". Senang kerja, guna semua bahan yang ada kat rumah je. Nak beli jajan-jajan pun bukan elok untuk budak-budak tu.

Pagi 7hb tu, awal-awal aku dah gerak dia, nyanyi kan lagu birthday dia. Sekali je nyanyi, terus bangun kata koooo! Excited sbb birthday dia, aku trus bagi hadiah, ingat nak suruh mandi dulu baru bukak hadiah, tapi tak sempat! trus bukak sebelum mandi.

Lepas mandi baru boleh main, sementara nak tunggu papa pulak siap-siap utk hantar dia pergi sekolah.

Dia suka sangat dengan hadiah dia, kalau dia sayang, dia jarang main depan adik, karang adik kacau, dia rela main masa adik tidur. Kadang-kadang kesian dekat kakak. sebab asyik kena buli dengan adik. Sabar yer kakak, kakak seorang kakak yang baik, ibuu sayang kakak sangat-sangat!

pony ni beli dengan ayu, kirim kat ayu masa dia jadi PS untuk Hasbro ware house haritu. Walaupun lambat, dapat juga lah dua ketul ni. Jadiklah. hehe.

Aku bangga sangat tengok kek aku, tak puas dok tengok je, hahaha. Sampai rasa gian nak buat kek, LOLS. Dalam 11am, aku bawa kek pergi sekolah kakak, seronok kakak tengok kek dia, kawan-kawan dia apa tah lagi, naik roboh meja tu dok berebut nak tengok kek. hahaha. Budak-budak kan, tengok my little pony, mmg dia suka lah!

Dalam mata kakak, aku nampak muka dia happy sangat, ibuu is sebak! Dia senyum tak sudah-sudah, dok tengok je kek. hehe.

kawan-kawan kelas kakak, sama-sama 6years. masa ni aku nak snap pic, semua kemahen senyum, amboiii, dah biasa lah ni. hahaha. Mana tak nya, mak bapak skrg setiap saat snap pic anak. so anak tak awkward punya lah! haha.

jadiklah, gambar kami 1 family, kena edit sikit. hahaha. tak sampai hati nk halau budak-budak. Ni pun ticer offer diri nak tolong snap. hehe. Lepas nyanyi lagu birthday, tiup lilin dan potong kek! yeayyyy! semua pon suka! ibuu lah paling suka tengok cut cross cake.

idaman setiap baker. nak tengok cut cross cake. HAHAHA. Alhamdulillah, turn out well, kek pon habis, budak-budak makan licin, berbaloi ibuu bangun 3am siapkan kek. hehe. Siapa nak tempah kek rainbow, boleh lah roger kita. hehe. InsyaAllah sedap.

Masa family day gojes, tiup lilin lagi, tapi ibuu buat red velvet je. haha. Tak larat dah buat kek. lagipun kek kawan-kawan banyak, so makan sorg sikit.

Then, lagi skali aku cabar diri, buat lagi skali kek untuk sambut birthday kakak Sophea dekat rumah opah. Kali ni buat kek Unicorn. kakak pulak request nk kek Princess Celestia. macam-macam lah anak-anak skrg ni kak. Nasib lah mak kau ni bercita-cita tinggi, nak juga buat untuk anak.

Kali ni buat rainbow kek 5 kaler je, sbb kaler dah tak cukup, hahaha. Settle buat cake mcm biasa, kali ni berani mati guna fresh cream, dah lah kek tu nak bawa balik Ipoh, tapi Alhamdulillah, selamat kek nya, cuma fondant je sedih sikit. hehe.

Nak membuat tanduk ni bukan senang yer kawan-kawan, aku guna fondant je, buat tanduk silap silap udah rope taik. hahahaha. Kelakar gila, buat tanduk je nak dekat sejam. Allahu, menguji kesabaran sangat. dah last-last baru dapat rentak. Sanggup tu beli brush baru utk mekap kan fondant. haha.

Ni bukan tanduk, ni dah mcm taik dah. kelakar!!! hahaha. telinga tu aku buat mana yang mampu je, tools tak cukup sebenarnya. Mata pun ikut lah mana yang boleh.

Ini tanduk ke dua, sbb tak puas hati yang tadi udah rope taik, buat lain pulak. Ini udah halus benor. EHHHH geramnyaaa. dok borak borak dgn adik adik aku, kami dok gelak mengekek tengok hasil tanduk. Last last lantak lah situ, malas dah aku nak layan, jadiklah tu, sebab banyak lagi kerja lain nak buat.

Fresh cream adalah sangat sedap! TAPI, dia x tahan panas, cara nak handle pun agak mencabar, so kalau korg nk tempah kek dan guna fresh cream, sila buat waktu cuaca sejuk, malam ke, or majlisnya dalam tenpat aircond.

Kenduri Doa Selamat mak yong ni dah nak masuk 7 bulan, kakak sophea tumpang tiup kek, semoga Ashu dik selamat bersalin nanti tau. muah!

Kakak dan adik, si gedik! hahaha.

Yang kelakarnya, masa balik Ipoh, telinga tu lembik, jatuh mcm tu, ala-ala pemalu, alah-alahhhh, lantak ko lah, malas dah aku nk betul kan, jadiklah tu. hahahaha. Yang kali ni tanduk tu mcm ok sikit. lawa sikit lah. Masa bawak keluar kek, semua pun kerumun kek, semua tak sabar nak makan kek, alahai, seronok tengoknya.

Ada yang ckp kek sedap nak mati, amboiiii, jangan lah mati. pengsan je xpe. hahaha. aku sempat merasa 1 slice kek, lepas tu tengok balik, dah licin. hahaha. Untuk rainbow kek kali ni aku guna pure butter, mmg lagi sedap lah kan, kek pun lembut yakmat! OK weekend ni nak buat lagi!!! hahaha. Tak puas makan kek sendiri. lols.

Untuk kakak Sophea, semoga kakak suka dengan semua kek yang ibuu buat ni, ibuu sanggup buat apa saja untuk kakak, segala bulan bintang ibuu akan bagi kalau ibuu mampu. Ibuu dan papa sayang kakak, baby 1st ibuu dan papa. Alahhh sebak pulakkk. Besar dah kakak. jadi anak ibuu dan papa yang baik yer sayang, semoga jadi anak yang berguna dan solehah di dunia dan akhirat.

OH by the way! siapa nak tempah cake rainbow, meh lah wasap, aku dah bukak order, tapi kena wal-awal yer!

Harga Petting Zoo Termurah di 99 Wonderland Park

$
0
0

Tempat Riadah Malam Dengan Anak-anak


Aku, dari kecik, mak and papa aku selalu cakap macam ni, " jom kita pergi jalan-jalan tengok lampu ", masa tu kami suka sangat lah, padahal duduk dalam kereta je, jalan-jalan pekan, tengok lampu, dulu kalau kat Ipoh tu, area pekan, dorang akan deko lampu sepanjang jalan. Kami yang adik beradik ni, tengok lampu pun sukaaa. haha. yelah budak-budak kan.

Benda tu terbawa-bawa sampai skrg, kalau tempat ada lampu cantik, lantern, firework, aku suka sangat tengok. Dulu masa mula bercinta dgn laki aku, kami sampai bergaduh, mana tak nya, laki aku tak suka pergi tempat serabut, yang aku pulak suka nak tengok bunga api, last-last bergaduh sebab tak dapat tengok bunga api, lepas dari tu baru laki aku kata, ohhhh gf dia suka tengok bunga api rupanya. LOLS.

lepas dari tu, semua event yang ada bunga api dia akan bawak aku dan anak-anak, tengok dari dalam kereta pun jadi lah, kadang-kadang kami bawak anak-anak pusing KL tengok lampu. HAHA.

Nak bagi anak-anak happy tak susah uols. Ajar je anak tu cara bersederhana, tengok lampu, ajak tengok binatang, tengok bunga api. Seronok lah budak-budak tu.

Tempat Beriadah Best Diwaktu Malam

Lepas ni, selain dari tengok lampu kat KL, taman tasik main basikal, aku ada tempat best yang boleh aku bawak anak-anak, tiket masuk pun murah! Aku tak pernah tahu wujud tempat ni, nasib lah kak Ena invite aku datang sini. Bila dok google-google, ehhh cantiknyaaaa tempat ni! SUKA!!!

99 Wonderland Park


Kebetulan Geng Gojes pun nak datang sini, so beramai-ramai lah kami buat rombongan cik kiah ke sini. Kami janji jumpa jam 5.30pm, sebab kami nak berada di 99 Wonderland Park ni sampai ke malam. Gituhhhhhh!!! Nak magrib berjemaah di sini. kofkof.

Kat sini, toilet, surau semua disediakan, siap ada telekung lawa-lawa lagi tau! Bab ni aku suka!!! Sebab mengambil kira skali bab bab solat ni. Yelah, tak sedap pulak sibuk berjalan sampai tak solat kan. Suasana malam kat sini sangat best korang!!!

Taman Rekreasi LED Pertama Di KL


Pintu gerbang, yang bestnya kat 99 Wonderland Park ni, dah lah murah tiket masuknya, parking pulak FREE, weiiii terima kasih lahhhh! teruja aku bila pergi tempat free parking ni. Selalu bayar parking je berbelas ringgit. Ni FREE! betul betul depan pintu gerbang, ada parking, kalau penuh, ada je car park 2, tapi jauh sikit korang kena berjalan.

kak ena kata snap bg dia nampak kurus, gemok celah mana weiiii!!!
Jangan tak tahu, orang kampung gajah pun ada, rajinnya pakcik Asri melayan si Awanis Zamri ni, tiap-tiap minggu turun KL, weiii beli rumah sebiji lah kat KL, senang! hahaha. Si Sophea, kalau jumpa Hannah, belum apa-apa dah pegang tangan dulu. Kalau nak pergi mana-mana, mesti tanya " ibuu, hannah ada tak " hahaha. BFF sangat ni!

Asalnya nak selfie beramai-ramai, last last anak pijah jatuh stroller, trus sume selamat kan anak pijah, tgk tgk kami berdua je. HAHAHA.

Lepas je kaunter tiket, korang akan nampak pemandangan indah ni, kawasan seluas 23 ekar ni, dijadikan pusat rekreasi yang berkonsep terbuka, Open Concept. Bila open concept ni, maksudnya anak-anak boleh jalan, pegang haiwan, bagi makan, dan lain-lain. Zaman sekarang ni mana ada kampung nak bagi anak tengok ayam, so sini lah tempat nya. hehe.

Banyak juga binatang yang ada kat sini tau, sama macam petting zoo lain, seperti swans, tortoise, pelican, ostrich, peacock, deer, parrot, mara, marmoset monkey, giant flemish rabbit, pheasant, flamingo, snake, iguana dan lain-lain.

Korang juga boleh naik cruise tau, nanti boleh tengok swan dan bagi swan makan dengan lebih dekat lagi. Aku haritu tak sempat naik cruise, next time nak datang lagi naik cruise, untuk kanak-kanak cruise FREE je, dewasa kena bayar rm10 seorang.

Lepas tu sampai ke pit stop pertama, ada kura-kura, rabbit dan itik, kakak sophea apa lagi, nak pegang lah semua haiwan haiwan tu, ibuu layankan ajerrr.

Adik tak boleh masuk, duduk je dalam stroller, papa tolak. hehehe. Adik kalau lepas, tak cukup tanah papa nak kejar. haha. Tapi kan, adik pon good boy je tau, ikut je cakap papa duduk dalam stroller, tapi stroller tak boleh stop, kena jalan je. hahaha.

Kebetulan, hari yang kami datang, hari terakhir untuk Lantern Eve, alah3, aku suka lah lantern lantern ni, bawak anak pegang tanglung, comei sangat tau! tak sabar nak tunggu malam! lepas tu ada bunga api lagi!

Then sampai ke pit stop num dua, Local Duck Feeding, ni bab kakak paling suka, banyak sangat duck dalam ni, makanan duck pun murah je, rm3 je! aku suka lah tempat ni, semua pun murah!
papa melayan mak enon, dia rapat betul dengan kakak sophea, suka betul dengan kakak sophea, rambut pun nak sama. hehe.

rupanya, belah bawah ni boleh turun lagi, belah sana nun, so boleh bagi makan swan dengan dekat lagi, aku tak sempat nak turun, so ada alasan ni untuk repeat lagi datang sini.

Then terus lajak ke Bird Island. kat sini kawasan bird, monkey, peacock. Ada juga roccon, tapi masa tu roccon tengah tidur, comel sangat tidur terlentok dekat bekas dia. Nak picit je rasa. Ada juga snake kat sini, dan yang best nya, ada hatchery room, kakak sophea teruja tengok ada telur-telur dalam tu, dan 1 hal pulak nak terangkan kat dia pasal penetasan, pemeraman telur. derrrrr.
hei bising lah awak ni, rupa je lawa! bising gila
adik teruja.
ni aku ingat ayam gila. rupanya lan kata nama dia ayam bulu terbalik, aku tak tau lah kalau laki aku tu tipu aku, tapi mmg buruk nau ayam ni, hahaha.

Aku rasa, tempat ni adalah petting zoo yang sangat best! sbb kawasan dia luas, walk way pun sangat luas, tak perlu nak bersesak-sesak kalau ramai manusia. Nak bawak stroller ke apa, tak payah risau! Tengok lah anak kami berlari-lari mcm tu.

Board Walk 175 meter

Then sampai ke tempat yang menarik juga aku rasa. 12 Zodiac Zone, korang zodiak apa? aku Arnab, sebab tu gigi macam arnab, hahaha. sempat lah bergambar dengan arnab, dan juga geng arnab aku, nak tengok tak? HAHAHA.

Jangan tanya kenapa sis selalu left group, SENSITIP orangnyaaaa!! hahaha.

ARNAB SANGATTTTT!!!!!

ni, acah-acah berani ni! hahahahahaha.

Dekat tengah-tengah jalan tu, dorang ada bukak booth, ada buat jualan mooncake. mooncake ni halal tau! kalau korang nak rasa, boleh lah beli dan cuba makan.

Hari yang kami datang tu kan last day for lantern eve, so pakat-pakat lah semua beli lantern untuk anak-anak. Murah je wei, serendah rm3 leh dapat dah, yang kertas tu, paling mahal rm15.

TQ aunty mimi banjer kakak Sophea Lanternnnnn!

Then jalan dan jalan dan jalan lagi, sampai lah ke Golden Waterfall, ada dolphin melompat-lompat sepanjang 115meter. tempat bergambar memang best lah ni. Nasib lah ada abam jebat yang sudi follow kami, dan jadi photog. hahaha.

Duck Lagoon. kiri kanan bersepah haiwan!

Then sampai ke deer yard dan ostrich farm. Boleh bagi haiwan ni makan, rm5 je 1 bekas, murah kan!!! kat sini best, haiwan dia semua mcm kebulur, bagi makan je habis. hahaha. setengah haiwan kita bagi makan dia tak nak.

ko tengok lah aunty my ko ni! muka dia ada je dimana-mana. HAHA.

Cepat kakak! dah terjulur-julur dah lidah rusa tu. HAHA.

Aunty anez paling animal lover.

Acah acah animal LOVER

PADAHAL!!!!!!

yang ini lagi lah, dia saja bising kat situ, HAHAHA. letih dok gelak, rusa tu julur lidah, dia jerit. HAHAHAHA. adoi!

TQ papa bawa kami jalan!!! TQ adik sbb behave!!!

Sampai ke Bird Square! kat sini ada burung, ada ular dan burung kakak tua, nak bergambar dengan ular kena bayar rm10 tau! hehe. Kakak dapat pegang ular, suka sangat lah tu!

not animal lover! sama mcm aunty mimi!

my lovely daughter.

ur lovely wifey. ecehhhh!

okehhhh! part paling aku suka di 99 wonderland park. Dorang ni pandai, ko dah jalan beratus-ratus meter, dah penat, dah lapar, tetiba sampai di food court, wahhhhhhhhhhh!!! bahagia rasa. Makanan tak boleh bawak dari luar yer, semua kena beli dalam ni, demi menjaga kebersihan aku rasa.

Kat sini macam-macam ada jual. air, ais blended, pop corn, waffle, nasi lemak, burger, mcm mcm lah korang! SEDAP DAN MURAHHHHHH!!!!

Sambil tunggu makanan, bagi anak main kereta control dulu, FREE je korang!!! banyak yang FREE. aku suka!!! 

tempat makan di sediakan! Ada karoke lagi malam.

wei! kereta ni naik FREE wei! bahagia mak pak, kalau tak naik benda ni je habis berpuluh-puluh rm wei!!!!! Kakak Sophea bawak Hadeen, BFF sangat tau hadeen dgn sophea. Lepas tu bila ada 1 kereta kosong, hadeen naik sorang, Kakak bawak adik Alfi, kesian Alfi nak jugak.

Amboi kakak, racing ke tu! hehehe. Alfi ni kalau tengok dia, tak boleh tak senyum, manehhhh senyumannya.

sementara kami beli makan, mami selamat dah naik cruise! haih!

Lepas makan, azan magrib pun berkumandang, lampu-lampu LED mula bercahaya, Allahu, cantik sangat tempat ni! Suka sangat aku! untuk ke Surau yang dekat duck feeding td, kita kena lalu Magical Bridge. 158 meter. berpoloh jugak berjalan, tp bila ramai-ramai best!

Oh, kalau tak larat nak jalan, ada juga buggy tau! free je, buggy akan tunggu korang di setiap stesen.

Cantik sangat suasana di sini!

Then cepat-cepat solat magrib kat surau! lepas tu nk tunggu fire work ajm 8.30. Ramai-ramai pergi solat, mana yang dah solat, tolong sama-sama jaga anak. gitu lah kami.

Sementara tu, gigih mak mak dua ketul ni pasang lantern utk anak, mak yang excited benornya. tapi buh je lilin, jatuh, buh je lilin jatuh! hahahahaha. nasib aku ada tolong pasangkan! LOLS!

tekun sangat tu sis.

Yeay semua dapat lantern!!!! kakak muka sedih sbb batang lantern dia patah, tu sedih tu, pastu suruh ibuu beli baru, yang patah bagi kat adik, hahaha. nasib lah rm3 je.

Sementara tunggu fire work, dok main-main dulu ramai-ramai, kecoh!!! hahaha. Kecoh-kecoh tapi seronok!

Then tetiba firework keluar, yeayyyy! seronoknyaaa! Ros Anis seronok dia, dapat tengok firework 2x, kul 10pm dorg bakar lagi skali. Kami lepas firework tu semua dh keletihan. hahaha.

Sempat lah bawak kakak dengan Alfi tengok Trex. ada 3 ekor trex, 3 dewasa, sorg anak trex. HAHAHA. heiii ini bukan replika je tau! siap bunyi bunyi dan boleh bergerak tau! best gila. Alfi pun dah tau dah, " ibuu, acorrrr " hahahahaha.

Bagi aku, tempat ni seronok sangat, aku seronok, suami seronok, anak anak lagi lah seronok! Tempat simple, masuk pun murah, semua pun best bagi aku. Ok lah dengan harga dia kan!

Alfi kata " next time kita datang lagi yer ibuuuu "

we are family!
LOVE
muka kepenatan dahhhhh! jom balik! nanti kita datang lagi ajak nenek dengan kakak zara ok! kakak tu sampai duk dlm stroller, dah tak larat lah tu.

untuk yang nak tahu, landmark sebelum sampai sini is Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang. Area area situ lah. Siapa yang belum pernah datang, nanti bawak lah anak-anak!

Waze or Google maps - 99 Wonderland park


ni harga tiket masuk, murah sangat!!!! 

ISNIN dan SELASA tutup yer!

Rabu - Ahad
9am - 11pm

Setiap SABTU ada BUNGA API! dan event special.

Harga : ( pemegang mykad )

Dewasa Rm10
Kanak-kanak Rm5

Kanak-kanak bawah 90cm masuk FREE

✔️FREE 99 PREMIUM BUGGY CAR RIDE
✔️FREE ELECTRIC CAR RIDE
✔️ FREE 99 CRUISE RIDE FOR CHILDREN
✔️FREE 99 PADDLE BOAT (coming soon)
✔️FREE CAR PARK

For more info :

Website : www.99wonderlandpark.com.my 
Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my 
Waze : 99 Wonderland Park

Mee Kari Sedap Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya

$
0
0

Hi-Tea di Cyberjaya


Lama dah aku tak pergi food review, busy weh, lagipun kalau setakat kedai biasa-biasa malas lah nak join, kahhhhh, DIVA kau yer!!! tapi bila tengok nama restorant ni Mangkuk Ayam, aku macam teruja nak pergi, ehhh kenapa MANGKUK AYAM? Silap panggil jadi Mangkuk Ayun, hahaha. Then ida kata menu dia semua hi-tea, ohhh, sedap ni, ada mee mee, sup sup. sedap ni, so jadi teruja nak pergi.

Aku pulak memang jenis suka manu hi-tea mcm ni, mee kari is my fav, tapi aku suka mee kari yang ada kerang, kuah cair sikit, then pedas, fuhhh sedap wei! nak pulak ada sambal masam tu, lagi sedap wei.

Kalau korang tengok menu dia, banyak jugak tau! walaupun kedai kecik, tapi aku suka kedai ni, simple je. Kenapa nama dia Mangkuk Ayam? sebab restoran dia mmg semua mangkuk, pinggan, jug, cawan, semua ada cop ayam! hahahahaha. patut lah nama pon mangkuk ayam.

Kedai ni chinese suka datang makan, sebab dorg suka kan makan mee mee, sup sup ni. Kita yang melayu pun suka, suka makan. HAHA.

Ok jom tengok menu apa yang aku test haritu, boleh dikatakan, semua makanan dia sedap. SERIUS, bukan sebab aku review, tapi memang sedap! Berbaloi dengan harga, aku rasa, korang kalau datang 1 famili, korang order then boleh share-share je makan.

Mee Kari Rm11.90 Sedap!!! Kuah kari cair, fav aku, pedas, cun sangat dah. mee banyak, ada kerang, ada tauhu kering, ada fish cake, bapak besar fish cake dia. oh lupa, ada ayam lagi, ayam carik, memang penuh isi! mangkuk tu besar dan melengkung ke dalam tu, memang banyak! boleh share dua orang.

Assam Laksa Rm11.90. Isi ikan banyak! Laksa banyak, Kuah sedap! mana yang hantu asam laksa, sila sila cuba!!! 

Nasi rendang Daging Rm13.90. mana yang tak sempat makan nasi lunch, trus je brunch. Nasi pun ada. Dorg kata Rendang daging dia mcm rasa rendang mak-mak dulu-dulu. Rasa mcm Raya. HAHA. Over tau!

Mee Rojak Ayam Rm10.90. Ayam banyak! kuah royak sedap, ada mee! ehhh aku suka ni! sedap weiiii! mcm mana ni, semua pun suka. hahaha. Sabar jelah. 

Kuetiow Sup Ayam Rm11.90, untuk anak-anak sesuai, tak pedas, korang nak pedas, ada cili potong untuk korang. Sup jernih nampak mcm simple, tapi sedap sangat, paste dia terasa lah! Boleh di katakan semua menu pun sedap!

Rojak Buah Rm7.90. Pun aku suka! HAHAHA, mantiklah nak semua pun suka, mcm mcm buah ada, timun, jambu, pelam, sengkuang, nenas, semua hado! orang lain selalu kedekut kacang kan, ini tidak! PENUH KACANG dia bagi ko!

Rojak Sotong Rm10.90, mana peminat sotong kembang? meh sini, ni untuk korang! SEDAP!

BUBUR!!! SEDAPPPPP!!! itu je nak cakap! 

Nasi Kari Ayam, mcm kari mak mak kita, try lah!

tauhu Sumbat! sos dia tu sedappppp!!!

Pecal Sayur. Siapa suka makan pecal? sedapppppp!! Kuah kacang tu perghhhh!!!

Fish Cake Kari. Mana tahu saja-saja nak hirup-hirup kuah kan. Fish cake dia besar gabak wei! haha.

Ok NEXT kita pergi ke air penyejuk tekak! terliur tak tengok Air bandung kakak ni? Nampak sedap kan? Sedap lahhhhh!!! hehe

Ni aku punya, Maggo Ais! sejuk lalu ke tekak! hahaha. Tapi ni kena share, sebab besar mangkuk dia tau!

KOPI AIS!!! kaw kaw!!! Allahu, teringat ingat wei! sedapnyaaa. mmg kaw sangat! rasa mcm nak pergi mintak resepi dia, mcm mana buat kopi ni. HAHA. 

Laicee Kang, siapa tak kenal, penyejuk perut. Nyamannnn!

kawan baik!

kedai ni mmg selalu penuh tau! sbb menu pun simple-simple kan! korang boleh lah cuba wei! petang-petang Sabtu ke, saja nak lepak-lepak, datang sini. Ngam ah lepak sambil makan. HAHA.

Ni senarai menu kalau korang nak cuba menu lain. 

Terpaksa hide muka, dah mcm ayam muka aku tu. HAHAHA. korang kalau nak pergi, Restoran mangkuk ayam ni di dalam D'pulze Shopping Mall Cyberjaya. Ground floor tau! 

Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya
Viewing all 1849 articles
Browse latest View live